ho...tajuk kemaen nak boh omputeh kan..
las2 entri bahasa melayu jugak...
sebenarnya saya sudah lama tertanya-tanya dan terpikir kenapala arkitek dan C&S engineer nie seperti bermusuhan
dulu masa time study kat U...saya rasa kami seolah-olah macam diserap sedikit perasaan ketidaksukaan kepada C&S engineer..
budak-budak C&S engineer jugak tak menyukai kami..
budak arkitek nie serabai.....time presentation sahaja leh tengok betapa cun dan hensemnya kami
smart tak dak dahla orang kata
tapi saya masa presentation dulu tak dak la beria sangat pakaiannya...baju kurung saja..lebih tampil ayuu dan sopan :P
ok...kembali kepada jalan cerita sebenar
saya ingat masa tu mungkin pemikiran masing-masing masih tak matang..
bila kerja takkanla arkitek dan C&S engineer nie nak bermusuhan lagi
dah dewasa kan..mestii boleh pikir matang sikit
tapi....rupa-rupanya TIDAK..masa kerja pon arkitek dan C&S engineer nie tak boleh nak ngam
adakah sebab terbawa-bawa dari zaman study
atau dulu masa belajar ada subjek khas yang diberi nama
KKSB 1234 JURUTERA MEMANG TAK BOLEH BLAHH
KKSA 1342 ARKITEK MEMANG TAK BOLEH DIBERI MUKA
atau arkitek tak puas hati engineer selalu tak nak bagi kerjasama dengan design superhebat mereka
atau engineer sakit hati arkitek suka lukis lawa-lawa struktur pon kena buat LAWA-LAWA.. design calculation pon kena buat LAMA-LAMA
atau sebab arkitek selalu dapat nama bila bangunan siap dan berdiri megah
atau sebab engineer yang mula dicari apabila bangunan runtuh
atau secara naturalnyaaa kedua-duanya mustahil untuk berbaek-baekk
pada pendapat sayalah sebagai budak 2 tahun jagung nie..saya rasa kedua-dua pihak tak perlulah nak bermusuhan..sebab kita dalam industri yang sama..industri pembinaan..
p mai p mai muka tuh jugak dok jumpak..
lagi plak arkitek dan C&S engineer ini saling melengkapi satu sama lain
tunjang utama kepada sesebuah pembinaan
bak kata omputeh yang di translate,
arkitek ialah tukang pesyenn
engineer adalah tukang jahit..
dan nak tambah lagi pepatah rekaan saya
jadilah bak jurutera mekanikal dan elektrikal
saling melengkapi dan tidak bermusuhan :)
Saya student architecture...kerja bidang C&S..haruslah saya sokong kedua-duanya...hahaha
pre-inspection pagi tadi..semua beramai-ramai berebut-rebut inspect bilik air..haha..saya haruslah aci mangular...maen amik gambar secara curii
sebahagian pemandangan projek IKBN Jitra..haruslah saya berbangga and ciwi kan..1st projek..puas bila tengok bangunan dah naek macam nie
Nota Hati : sapa cakap C&S dan arkitek tak boleh bersatu?ada ja pasangan C&S dan arkitek..hahaha..guess who?