Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, June 27, 2011

kecewa

yang berduit tak perlu pandang rendah pada yang tak berduit

Nota Hati : silap sendiri

Saturday, June 18, 2011

Budak Kudus

sumber : google
niela lencana sekolah i dolu-dolu.....

dulu dulu sebelum masuk sekolah darjah 1
abah pesan
suh jadi ketua darjah
mama pesan
duduk diam-diam
jangan berjalan
jangan bising
jangan lawan cakap cikgu
dah abah mama pesan macam tuhh saya pon ikut jaa..dok diammm sangattt...cikgu suruh buat apa semua buat..patuhhh

hari kedua persekolahan kalo tak silap saya
Guru kelas saya Cikgu Halimaton (garanggg kott) bersuara..
Dia tengok ke arah tempat duduk saya barisan belakang jugak
dia panggil budak lelaki tu

"Fauzu Radzi (dah kawen..cepat betol jodoh dia)..mai ke depan"

budak tuh pon nyong nyongg ke depan kelas..
saya pandang je dia dengan mata berkelip-kelip..muka kudus..
lepas tuhh saya nampak Cikgu Halimaton pandang keliling kelas..mata dia ke sana sini..lepas tuh dia berenti menatap lama ke arah saya..saya tengok dia..
dia panggil nama saya

"Siti Syafiqah..mai ke depan"

dengan muka kudus dan tulus serta comel jugakk saya ke depan kelas..
sekarang saya kat depan kelas bersama Cikgu Halimaton dan jejaka hot darjah 1..Fauzu Radzi (tipuu gila..darjah 1 mana taw hot ka dakk...suma orang nampak sama ja..nsem tak nsem sama ja muka..muka kuduss)

"Ok...hari ini cikgu nak bagitaw kepada kamu suma..

mata-mata kudus budak darjah 1B memandang cikgu Halimaton dengan suspennnnnn sekali..jantung berdegup kencangg...ok tipu...saya tataw depa semua nie amik port ka dak cikgu cakap

.....Fauzu Radzi akan menjadi Ketua Darjah dan Siti Syafiqah akan menjadi Penolong Ketua Darjah..saya harap kamu semua akan memberikan kerjasama kepada mereka berdua.."

Hati saya menjerit..memberontakk
"whatttt???????????Penolong Ketua Darjah....mana boleh macam nie....aku nak jadi Ketua Darjah!!huh.."
memang masa tuh tak puas ati gila kaw-kaw punyala tapi masih waras..teringat mama cakap jangan lawan cakap cikgu..

Masa tuh saya tak senyum pon rasanya..masih dengan muka kudus dan blur...tak paham kenapa mesti jadi Penolong Ketua Darjah...macammana nak balik bagitaw abah nie..
Cikgu Halimaton suh balik tempat..kami pon balik ke tempat masing-masing..tapi satu hari tuh memang saya rasa terbeban sangatla..terngiang-ngiang kata-kata cikgu Halimaton tuh..Penolong Ketua Darjah-Penolong Ketua Darjah - Penolong Ketua Darjah-

...........................................................................

Balik umah dengan tak sabarnya..Saya balik bagitaw abah nangis-nangiss...

" Abah...adek tak dapat jadi Ketua Darjah..cikgu kata adek jadi Penolong Ketua Darjah......!!"

ya..saya menanges..tak tahan dari sekolah tadi lagi..sebab ego tak maw menanges dalam kelas..
Hampa betul bila tengok reaksi abah,mama,kakak,abang dan abangah...
(tak silap saya semua ada masa tuh)
Semua orang gelakkan saya...saya jadi lagi blur...
Abah cakap takpala jadi Penolong Ketua Darjah pon...jadi jugakk..lepas tuh saya dah tak nanges dah lepas abah pujuk-pujuk..

"Abah..Penolong Ketua Darjah tuh apa?"
"Tolong cikguu...angkat buku.."

ooOOOoooo....baru saya paham Penolong Ketua Darjah tuh apa..tapi rasanya macam tak pernah pon tolong cikgu angkat buku...atas nama ja..budak Darjah 1 kan..bukan taw apa sangat..tapi budak Darjah 1 sekarang dah tak macam kita dulu..advanceee

Nota Hati : Darjah 3 jadi Penolong Ketua Darjah yang gila jawatan..eksen gilaaaa

Thursday, June 16, 2011

taip dengan dosa berganda-ganda


sumber : google

agak-agaknyalah kann
bila anda menaip di facebook,twitter,blog dan sebagainya ituu
anda pastikah bahawa apa yang anda taip suka-suka tu dapat pahala-pahala

round punyala round di alam maya nie..terkesan amatt dengan artikel Ustaz Zaharuddin nie..

Promosi Maksiat di Facebook & Blog

maka saya watak picisan di alam blogger nie terpanggil untuk menulis perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut..(pandangan peribadi yang diadaptasi dari blog ustaz Zaharuddin)

kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis nie telah membuatkan dosa kita berganda-ganda

contohnya....kita pergi tengok wayang,kita review wayang tu..
kita wat post Review movie XXX..
best gila tataw nak abaq kot movie nie weiiii
kita buat status di facebook..
cerita XXX nie bes ke tak hah?jom sapeww nak teman cayee g nengok wayang jom...^__^
kita tweet wit wit pewitttt kat twitter
kat dalam panggung nie..bes dowhhh movie XXX nie..rugi sapa tak tengokkk..oh oh..
movie XX : pembikinannya yang bercampur aduk halal dan haram..yang diyakini unsur haramnya melebihi yang halal

sebenarnya secara tak langsung jari anda yang berkuku cawan atau gelas itu telah membuahkan satu dosa , menjadikan benih kepada pohon-pohon dosa tumbuh dengan suburnya...
dosa yang telah kita buat kita telah heboh-hebohkan ,kita mengajak dan mempromosikannya kepada orang lain jugak..daripada si A yang tak berminat nak tengok movie itu turut berasa tertarik untuk melihat movie itu..nak nak pulakk anda adalah dari golongan yang popular dan berpengaruh...harus ramailah yang ingin turut sama menonton supaya dapat masuk sekepala..

maka..pikir-pikirkanlaa sebelum menulis sebab apa yang kita tulis itu bukan kita seorang saja yang baca walaupon blog tuh milik masing-masing..kalo nak guna ayat

'blog aku..aku punya pasalla..ko baca pehal..?ada aku kesah?"

sila private blog anda untuk diri sendiri ataupon lagi bes tulis dalam diari kunci mangga dan rantai besi..

Sekian..harap maaf dan maklum.tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak..Saya pon baru tersedar apabila membaca entri Ustaz Zaharudin..

Nota Hati : Makin banyak belajar..makin banyakkk kita tataw...
okeh..entri saya dah boleh komen..kesilapan teknikal lah plak..

Sunday, June 12, 2011

Selamat


Good friends are like diamonds: precious and rare, False friends are like fallen leaves: found everywhere!

[I]'m so [l]ucky t[o] ha[ve] a friend like [you].

Selamat Bertunang

Farida Zakaria



Nota Hati : Jangan nakal-nakal dah

Saturday, June 11, 2011

pembaca senyap

pembaca senyap a.k.a silent reader
(sayalah tu :D )
akhir-akhir ini saya sering plak blogwalking ke sana sini
kalo dulu saya suka mebaca sahaja..tak suka komen
tapi lately dah pandai komen dah..(syabas pikah!)
sebenarnya bukan tak nak komen..tapi bila baca komen orang laen hampir sama dengan komen dalam hati (nampak sangat komen saya tipikal sahaja)..jadi macam tak nak komen dah
lagi pulak saya lebih suka membaca secara diam
tapi bila dah start berblogwalking dan cuba tengok dunia blogger-blogger nie
(nampak sangat dok uluu...dok dalam dunia sendiri...peqak..peqak!!)
LUAS nya jaringan mereka...selama ini niat di hati hanya taw menulis dan membaca sahaja
tak pernah nak beramah mesra
kalo beramah mesra pon dengan blogger yang memang kenal muka ke muka
ada jugak cuba-cuba untuk masuk komuniti blogger tapi malangnya kebanyakan yang nak daftar kena pakai akaun facebook plak...(baru saja deactivate fb..malas nak activate balik buat masa sekarang..huhu..insya Allah akan deactivate kembali kalo terdesak..)
maka tiada peluanglah nak berkenal
tapi tak apa..dah dapat baca entri mereka pon sudah cukup
boleh juga taw perkembangan semasa


macam biasa..tataw nak sudahkan cerita..maka entri benti secara tiba-tiba


Nota Hati : Blog syok sendiri pikahbaik pon ada silent reader taw..jangan maen-maen
( tuh pon sebab saya suka paksa kawan-kawan saya yang tak ada blog membaca..ngee..kejam gila sampai paksa-paksa..haha)

Wednesday, June 8, 2011

blog makeover

blog saya masih dalam pembikinan
harap maaf jika lambat loading
tulisan tak clear
saya sedang sedaya upaya
menghasilkan blog yang comel macam saya
dan tidak berat
harap maklum

Nota Hati : ada ka orang nak mai blog nie?haha

Saturday, June 4, 2011

dah jadi milik orang


abesla...kakak saya dah jadi milik orang dahh
takleh nak gaduh-gaduh sangat dah dengan dia
nanti laki dia fire saya..haha

ucapan khas untuk pengantin baru aka peminat fanatik blogku..kah3 (sian gila ada sorang ja)

jadilah isteri yang solehah
saya nak anak menakan cumil macam saya..eh??haha
rajin-rajinla mai umah aku sapu sampah..lalala

semoga berbahagiaa sentiasa..


aku tak sangkaa weii hang dah kawen!!dah kawen!!sampai hati hang tak tunggu aku...kita kan selalu sama-sama...makan ais pop sesama,main batu tujuh sesama (aku menang sokmo..yeayy!!),mai badminton sesama (aku menang lagi!haha),main pendekar libas-libas kaen sesama,p ikut abah p serbanika sesama,baju raya sama,sekolah rendah sama,sekolah menengah sama,universiti sama,bilik kat UKM pon sesama,baca buku sesama (tym aku PMR hangg SPM,tym aku SPM hang STPM),kuaq p warta sesama,accident di Kajang sesama,p Alamanda Putrajaya merempit sesama,p beli makan soq-sahur sampai hang jatuh tangga sesama...semualah..banyak sangat benda yang kita buat bersama...

sebab pa..kawen kita tak boleh kawen sama-sama?tak aci..hang tak tunggu aku...nehi!!nehi!!penat aku kena lambakan kenyataan dari orang ramai :

"la...awat tak buat sekali.."
"ingatkan buat sekali.."

(naseb la aku tak terjawab..adek dia xdak orang maww..kesiannn...T____T)

oh..oh..sampai hati hang wat camtu kat aku..isk..isk...menangis bermukus..

hehe..apa-apa pon aku gembira jodoh hang dah sampai..sila tampaq muka 100kali kalo hang masih tak percaya.nak aku tolong tampaqkan pon bleyhh..aku tak sedeyh sangat sebab aku gembira hang dapat suami yang baek..yang dapat menjaga hang..hang sangat bertuah.. :)
Entri berkaitan saya dan kakak saya : adek wa kakak, adek kakak verc skolah menengah , bukan semenanjung

Nota Hati : Wanita yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik..jika nak yang baik..kita pon kena jadi baik..ukur baju di badan sendiri..kalo tak muat,tambahlah berat badan tuu :D

Related Posts with Thumbnails