Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, December 30, 2009

cap O

macam banyak bendaa terkumpul nak storii..storii......info berguna dan emosi tak guna juga macam meronta-ronta nak masuk dalam blog syok sendiri ne..

tapi..bila banyak sangat benda nak sumbat...tiap kali nak hasilkan entri..jadi tak habes pastu end up dalam draft sahaja...lpas tu..tengok draft macam semak,terus delete sebab nak sambung pon dah macam xpired ja....

las-las terhasilla entri yang kosong cap O nie...

arini mood ok sikit tapi ada tercalar sikit (sikit saja...xjejaskan mood arini pon) bila tengok surat dari SME Factor nee...


bila masa ntah saya berbintikan Mohd Ismail....ishh..suka ati ja reka nama bapak orang..

Monday, December 7, 2009

:: terSENYUM ::

adeh..macam pelik sebab semalam moOd macam dah ilang beterbangan..arini tersenyum-senyum kesorangan..malas nak menyampuk cerita ceriti akak-akak kerani pasal jodoh..setiap hari bercerita pasal jodoh..macam nak muntah-muntah tujuh warna pelangi.....tapi memang takkan lari dari bab tuh punya..

semalam p bbq bukan dengan mOod palsu tapi moOd gembira yang ikhlas...macam dah boleh lupa seketika masalah-masalah itu..lupa seketika sahaja..

malas nak cakap banyak..biar gambar berbicara..






n las sekali tadaaa

Sunday, December 6, 2009

:: suram ::

sumber : google

ujian bertimpa - timpa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tidak mampu berkata apa-apa
Ya Allah...tabahkanlah hati kami...


*join bbq petang ne bersama dengan wajarian perlukan moOd palsu..sori kengkawan..saya cuba berlakon sehabis baik..saya rasa macam tak mampu bergembira bersama kamu semua pada saat ini tapi sebab sumanya dah dirancang..saya akan join jugak!!tunggu...*

Thursday, December 3, 2009

kira memang syok sendiri lah

nak tanya sikit..blog nie macam blog syok sendiri dak?
memang SYOK SENDIRI..bukan macam dah..
OK..paham..abes tuh tak dak rasa nak wat macam blog OK sikit ka?
erk..macam nak tapi tak pandai sangat..
cubala hang p tengok blog orang len..adala pengajaran sikit..daripada blog hang
ne..macam ......ahh..malas ah aku nak cakap..pandai-pandai hangla nak fill in the blank..

ok..aku isi tempat kosong tuh sendiri..puas hati?
tak berapa puas hati sangat..aku nak tengok perubahannya..
aku malas nak tulis bloglah..sebab aku tak pandai tulis..aku nak padam lah blog ne..
tapi kan..bukan kak hang tak bagi ka?
hala..dia tak bagi sebab dia suka baca blog aku..dia sorang ja peminat fanatik aku..
okla tuu..ada gak peminat fanatik..waa cayala...
ngok ngekla hang..caya-caya pa..perlilah tuu...
awat nak produce entri macam nie?
sebab SyOk SeNdiri..lalalala~~










Wednesday, November 25, 2009

jasa baik diperlukan

s e r i u s . . . t a k r e t i ! !

tak reti leh blajarla....memanglah...sapa yang nak ajar tuh???

silap buat kang.....memang matila...

benti keja ah camnie...sikit-sikit nak give up..macam budak-budak

dah tu...camna nak wat??...ala..bagi ja bos hang tuh buat..takkan dia tak reti kot...

sapa cakap dia tak reti??...dia memang tak reti pown..buat pon terkial-kial..pastu tanya aku lebeh2..

boleh dak tanya orang??..aku nak tanyala nie..masalahnya bos2 aku tuh suma sibuk memanjang..yang tak sibuk pon buat-buat sibukk..

orang laen??..deyy..mana ada sapa dah nak tanya....kan aku dah cakap,aku tanya bos,bos tanya aku balik!!









memang tak reti..tolong ajar aku wat CPM boleh dak??macammana nak set duration projek tuh??nak bagi nampak comei ja and ngam-ngam dengan projek tuh...
JKR and suma orang need dat CPM..

tolong..tolong...mohon jasa baik anda..
T___T

Sunday, November 22, 2009

boleh dak?

boleh dak tolong toleransi ckit?
boleh dak jangan menyusahkan hidup aku?
boleh dak bagi aku tak payah pikiq banyak-banyak sangat..?
boleh dak bagi aku tak runsing?
boleh dak jangan bagi aku give up?
boleh dak muncul sekarang???

boleh dak?boleh dak??





IDEA!!!

Friday, November 20, 2009

coming soon

nak bagi kat tukang suh buat..kepada encik zulfadli,sila jangan buat mahal-mahal..hehe
SERIUS NIE...kepada sesiapa yang rasa nak tempah design apa2 berbentuk logam..sebarang benda yang berasaskan logam..sila hubungi saya...silver btoi punya ne pakai...

owh ya..encik zulfadli itu adalah abang saya..ngee~~
sekian..

Wednesday, November 11, 2009

dah tak boleh

sekarang nie..

dah tak boleh act macam kanak-kanak
dah tak boleh gelak hu ha hu ha sangat
dah tak boleh nak tidoq siang
dah tak boleh bejalan sesuka hati
dah tak boleh soping kuat-kuat dan hebat-hebat
dah tak boleh pegang tpon lama-lama
dah tak boleh makan banyak-banyak
dah tak boleh lepak lama-lama ngan kawan-kawan
dah tak boleh main-main


lepas dah suma tak boleh..muka skarang pon dah boleh jadi macam nie














Sunday, November 8, 2009

sharing is caring


sharing is caring??
yaka??btoilah kot no..
so..seperti dijanjikan..maw share pengalaman as a NEW resident architect

if sapa2 dak archi yang rasa nak berehat daripada design..kerjalah dengan kontraktor..haha..x payah nak draw,x payah nak pkir2 design yang menyakitkan jiwa raga tuh..tetapi...anda kenalah payah pulak memikirkan hal2 teknikal...nak menjadi akitek berjaya perlulah design bangunan yang boleh dibina.jangan pandai design fancy2 and decon abes tapi at las masa nak construct detail satu habuk pon tatau..
salah tuu..SALAH..

lagi satu..tak pernah ak taw pasal microsoft project ne..alih2 ak nak kena buat cpm (program kerja) plak..but memang kalo blajar ne x rugila coz sesetengah company upah orang beratus wat benda ne..yeay..nanti nak apply keja mana2 leyh tambah lg satu kemahiran..hoyey2..

sebenarnya...tugas RA (resident architect) nie dam mcm RE (resident engineer) ja ak rasa..huhu..so,sebagai budak akitek ak rasa blur gilaa nak membuat kerja-kerja dak engineer n nak paham term2 dia..tapi lama-lama alhamdulillah..dah leh adapt ckit-ckit..
meh nak list serba sikit kerja-kerja ak setakat nie

> follow bos ke meeting
> wat surat ke JKR,consultant (sbnarnya not my tugas but mereka bagi sebab nak train tau dis projek dari awal smpai abes..makanya ak kena watlah..)
> deal certain thing wif supplier if bos are not around..(memang blur abis-abisan bab nie)
> wat contoh report to show to JKR.. (wes..x siap lagi sebab maklumat x cukup..bos...datang please..gimme full info...nak siapkan cepat..lepas bos dah bagi bos blah pon xpa..saya nak main-main..hee~~)
> cop drawing..
> photostat n kemaskini fail..

bla..bla..apa ntah lagi..banyak lagi lah..suma nampak cam kerja kerani ja kan??sebenarnya bos bagi sebab ak freshie..kena taw suma...kena belajar dari bawah..n tugas aku bermula kat tapak tapi dah pjabat tapak x siap lagi...bek buat kerja daripada dok melangut ja kat sini dari pagi ke petang..kan?kan?apa-apa kerja pon x kesahla selagi gaji aku gaji degree..heh..yang tuh paling penting..wee~~

END

Wednesday, October 28, 2009

Aku dan Dia

Aku mula mengenali Dia sebetulnya tatkala aku masih berumur 17 tahun..

Aku sentiasa mahu Dia di sampingku….

Aku tatau kenapa aku memerlukan Dia ketika itu walhal sebenarnya aku ada komitmen yang lebih penting dari Dia

Ya..masa itu aku sedang menghadapi SPM….jika dikira akal logiknya aku tidak perlu membuang masa aku dengan Dia..

Aku seperti bangga kerana mendahului kawan-kawan aku yang lain kerana aku sudah ada Dia tetapi mereka masih belum…ceteknya pikiran waktu itu kan..

Kata mereka..mak bapak tak bagi..lepas dah abes sekolah baru boleh…

Bila dah mula masuk ke alam matrikulasi, aku semakin sibuk dengan Dia..tapi bukan Dia yang ketika aku di tingkatan 5 itu..aku sudah mempunyai Dia yang baru…

Aku semacam gembira bertukar-tukar……Aku dan rumet-rumetku seolah-olah berlumba-lumba untuk mendapat yang lebih baik dan membandingkan-bandingkan sesama kami…budak-budak..macam tuhla..

Bila aku masuk ke dalam alam universiti, perspektif aku terhadap Dia bukan lagi untuk suka-suka…

Aku dan Dia semakin rapat dan Dia banyak membantu aku dalam pelajaran dan urusan seharian aku..

Kalau boleh aku nak Dia bersama aku hingga akhir hayatnya..tapi..apakan daya jodoh tiada..Dia dirampas oleh seseorang yang tidak ku kenali…

Aku seperti menyesal kerana cuai ketika itu..Aku sibuk menguruskan masalah penginapan aku sehingga Dia hilang dari pandanganku…Ketika itu baru aku menyedari Dia amat penting dalam hidup aku…

Aku tidak menangis kehilangan Dia kerana aku pasrah dengan takdir yang telah ditentukan…

Balik cuti semester,aku telah menemui Dia yang baru dalam hidupku..Dia masih bersama aku sampai sekarang..sudah hampir mencecah setahun jugak aku bersama Dia..

Kadang-kadang aku rasa seperti nak membuangnya jauh-jauh kerana Dia selalu buat hal….Nasib ada abah yang nasihatkan aku supaya jangan tinggalkan Dia..Dia masih baik….



Dia yang aku terlupa bawak ke opis arini….Sony Ericsson w380i…wee~~

Wednesday, October 14, 2009

impian,angan-angan dan cita-cita

tak semua impian menjadi kenyataan,
tak semua angan-angan mendatangkan keburukan,
tak semua cita-cita beroleh kejayaan..

namun...

impian boleh dijadikan ukuran,
angan-angan boleh dijadikan panduan,
cita-cita boleh dijadikan sasaran...

ok..stop bermadah BURUK.

bertuahlah kepada siapa-siapa yang dapat merealisasikan impian,angan-angan dan cita-citanya kerana tidak semua orang bernasib baik..dan tidak ada juga orang yang sentiasa bernasib baik..

merujuk kepada puisi BURUK di atas...saya di sini ingin membicarakan serba sedikit tentang impian,angan-angan dan cita-cita..(kesan daripada menulis 2 pucuk surat rasmi kepada JKR..haha)

ok..bagi aku..impian ini apa yang kita sering impi-impikan,tergila-gilakan dan idam-idamkan....macam aku dulu selalu impikan nak sentiasa hidup dalam keadaan aman damai..tak ada masalah lagsung...impian nie 4 sure la takkan menjadi kenyataan lah kan...hanya orang gila saja yang tak dak masalah...
makanya impian aku...hasilnya.. TAK AKAN MENJADI KENYATAAN..

angan-angan plak macam ala-ala susah sangat nak digapai camtu..di luar kemampuan lah kiranya..tapi tak mustahil benda nie tak akan terjadi...depend kepada situasi dan keajaiban..hee~~angan-angan aku memang tak akan tercapai kot sebab bagi aku ini hanyalah angan-angan semata-mata..oleh kerana terpengaruh dengan cerita ceriti snow white,cinderella n bla bla..aku ada angan-angan nak kawen dengan anak raja...haha..tolong jangan gelak lebey-lebey..*blushing* maka angan-angan aku nie TAK MENDATANGKAN KEBURUKAN pon kan?sebab aku tak ada lagilah mengugut anak raja mana-mana kawen ngan aku..hak3..

bercakap pasai cita-cita plak..duluu..aku banyak cita-cita..di antaranya cikgu,pensyarah,arkitek dan engineer..jika diikutkan sekarang nie macam dah tercapai cita-cita aku kesemuanya..nak jadi cikgu..dah jadi masa keja cikgu sementara tuh..nak jadi engineer or arkitek..skang dah mempunyai kerjaya tersebut..offer letter cakap aku site engineer tapi lam carta organisasi cakap aku site architect..huhu..penin2..tapi yang aku tau skang nie dua2 post kena aku handle sebab akak engneer menunggu hari bersalin...
namun begitu..nampak macam agak tercapai kan cita-cita aku itu..tapi sebenarnya tidak...complicated mau creta..kalo nak story lebey2 kena wat entri baru..hee...kesimpulan bagi cita-cita aku skang nie..BELUM LAGI MEMPEROLEH KEJAYAAN MAUPUN KEGAGALAN..

apa-apapon impian,angan-angan dan cita-cita anda..hidup perlu diteruskan..jatuh bangun menang kalah kaya miskin senang susah perlu ditempuhi dengan TABAH..diulangi dengan TABAH..










Wednesday, October 7, 2009

update~update

update lagi update lagi..
dahla...xsuka blog....blog pon xsuka aku..aku lagi xsuka blog..

lai lai....update terbaru
sudah bekerja sebagai........ site engineer d UZAIMIN ENTERPRISE..

sangat bosan sebab x masuk site lagi...
terkial-kial membuat pekerjaan..
terasa dri cam budak praktikal ok...
sentiasa ketakutan bila project manager ada kat opis..




saya student akitek tapi jadi engineer...memangla terkial-kial...nah...tuhla...men taram ja keja kn...huu~~

perhatian kepada semua : saya sesekali TIDAK bergaji besar seperti kedengaran besarnya jawatan itu..so..jangan membuat spekulasi saya kaya dan boleh belanja anda semua...

harap maklum..caw~~

Wednesday, September 16, 2009

rezeki melimpah ruah

alhamdulillah..bulan-bulan posa nie rezeki mencurah-curah...
syukur tak terhingga..

rezeki apa tuh??

1. dapat 2 tawaran kerja
2. dapat dua sampul duet raya di mana setiap sampul melebihi 100...ho3
3. dapat gaji 1 1/2 bulan walaupon kerja sebulan pon tak sampai lagi...(nie yang bes masuk tem cuti sekolah melambak-lambak nie)

apa-apa pon..bila rezeki mencurah-curah..duet yang terpaksa dikeluarkan pon mencurah-curah..
curahan rezeki :

1. of cos la saguhati kat mak bapak (iklas wei kena iklas)
2. saya bagi pecah 2 biji gelas harini T____T (macam nak kena ganti satu set ja sebab....dirahsiakan)
3. cermin keta punya besi bengkok..p bekki...sah-sah berbayar kan..huu~~
4. bayar duet kereta separuh...(abah,nanti kalo gaji adek banyak adek bayar penoh yaa..)
5. harus menghulurkan dwet raya kepada anak-anak saudara di hari raya (ha..yang nie pon kena iklas weiiiii..)
6. beli kek raya untuk rumah 2 bijik (ha..kena lagi iklas wei sebab i yang nak makan..kui3)
7. dwet minyak kereta kena support sendiri lah lepas nie..(waa..lu punya keta pon mau bsing ka?)
8. beli tudung and aksesori raya..(wei..mana leh masuk lam snarai....hat nie kehendak!)


hope dapat simpan banyak dwet dalam bank..takmau boros2 dah cuma nak beli kasut sepasang,cntact lens sepasang.....maka tnggalla 2 3 ratus ja..fuhh

babai~~~~~~~

Friday, September 4, 2009

cabaran alam dewasa

bila da masuk ke alam pekerjaan nie..
cabaran sungguh walaupun aku hanya bekerja sementara aja..

aku sekarang dah jadi cikgu aka mualimah bahasa melayu..
memang sangat-sangat mencabar kerana aku kena ajar 30 masa..
da tue plak dis skool is private school - menggabungkan sekolah menengah dan sekolah rendah..
aku rasa aku memang superrbb ah..haha..baru ngajar ckit dah superb kan..yala superbla kalo dari tahap 1,tahap 2 , menengah rendah dan menengah atas aku pegang kelas tuh..memang memeningkanlah..nak2 lagi aku bukan dari bidang pendidikan...

aku rasa aku macam pakai bantai ajar ja..kesian budak-budak tuh dapat cikgu hentam-hentam..hak3..

yang besnya lagi personaliti aku mengikut tahap berubah-ubah..

tahap 1 - aku memang baik sangat..tak garang pon..siap maen gosok-gosok belakang lagi..

tahap 2 - dapat kelas pandai..aku agak garang kat kelas nie..student dia pon cam gerun-gerun kalo aku masuk

menengah rendah - garang + baik ckit..tapi kelas nie agak dingin..dunno y..maybe masih xbiasa lagi..

menengah atas - tak masuk kelas tuh lagi tapi dah jumpa student dia..sembang-sembang macam kawan..eh kawan plak..ADEK lah..hee

aku pon tatawlah aku minat jadi cikgu ka dak..tapi yang pasti aku sangat kasihankan mereka sebab selalu bertukar-tukar cikgu..silibus pon tak abes..niat di hati nak mengajar sat ja kat skool tuh tapi bila tengok muka-muka mereka..memang kesian abes ahh..adeyh...lembutnya ati gua...yala..aku dulu jenes yang suka belajar (kat u ja dak..huhu)..aku berkehendak..and aku risau kalo aku study x abes..bila tengok budak-budak nie belajar suka ati ja..aku jadi sedeyhlaa...sekolah nie berbayar..mak bapak mereka menaruh harapan yang tinggi menggunung tapi mereka tataw keadaan anak mereka d sini...


tetapilah kan..........

sori anak-anak muridku..
mualimah kamu perlukan kerja yang tetap..
daku jua mempunyai cita-citaku sendiri yang tak tergapai....
aku tak mampu bertahan lama di sana..

hope anda suma bolei jadi pelajar yang cemrlang..

Sunday, August 9, 2009

perlukah


perlukah
pilih kaseh nie?
perlukah kita layan orang tuh macam raja kalau attitude 'raja konon-konon' tuh tak bes langsung??(ha ha tatau...sebut lagi pasal raja..kan raja itu sudah datang tiba2 di belakangku..fuhh)

perlukah dikomplain sekomplain2 nyaa setiap pekerjaan yang berbaur iklas ini??
pahala dah kurang sebab tiba2 rasa marah dan sifat iklas tuh cam da lenyap ckit-ckit...

perlukah
kita melawan cakap orang tua??tidak perlu..hanya mampu memendam rasa dan menuruti segalanya...
yang tua tak perlu dipersalahkan..yang muda nie terpaksa menjadi pesalah...ok..ayat xbes

Thursday, August 6, 2009

invisible

rasa macam nak invisible dari semua orang selepas konvo ini...nak dekat raya kena available baliklah plak...lepas tuh invisible balik..haha

sebab pa mau invisible???

-tidak mau mengambil tahu hal orang dan tidak mau diambil tahu
-mahu membuang masa silam jauh-jauh...
-nak bina semangat baru dengan amannya..

tapi..mampukah??insya Allah mampu..tapi invisible berstatus tidak sombong...eh..mcammna plak tuh?akan difikirkan di kemudian hari..chawwwwwww..

Saturday, August 1, 2009

lepas cakap

lepas cakap buruk padahnya..
mulut laser lagi buruk padahnya....

oleh itu hapuskanlah ia dengan kata-kata maaf ikhlas dari hati..

Monday, July 27, 2009

interview ke2

tidak tahu nasib dan hala tuju selepas ini
terus begini dan begini kah?
msih takut menghadapi cabaran?




jika interview kedua berhasil,aku akan cuba mengharungi pekerjaan ini..sebenarnya aku masih xdapat nak terima hakikat bahawa.........SAYA KENA JADI DEWASA!SAYA KENA KERJA..




sekian...

Thursday, July 16, 2009

mengharungi interview pertama

Selasa 7/9

Tengahari :

Mendapat email interview kerja pada Khamis 9/9 di Kota Damansara..

post : interior designer

company : Kitchen Palace Interior Sdn Bhd

Abah bergegas membeli tiket kat tanahmerah..

Aku bertungkus lumus membuat portfolio..

Petang :

Masih tekun membuat portfolio..

Memberitahu khabar yang mengejut kepada mama.

Mama kurang gembira dan sedikit membantah..

Kakak juga seperti tidak merelakannya..

Malam :

Masih tekun membuat portfolio….(nervous weyh..)

Berjaya menyiapkan portfolio secara cincainyaa…2 page saja??(sah tak dapat kerja camnie)

Mengajak abah ke cc untuk print laserjet…

BerYm dengan kakak dan cken..mereka dijadikan alarm clockku untuk bangun study…(KONONLA)..namun..rupa-rupanya tertidur sampai pagi minah nie…

Rabu 8/9

Pagi :

Bangun sembahyang subuh..

Kalut malut mengeluarkan pakaian secara rakus dari almari..bawak baju sikit sudah kan…

Check suma sijil-sijil dan tercari-cari fail…Las-las ambik fail lama ja…

Mama datang untuk mengejutkanku….tengok-tengok anaknya ini sudah bangun sambil tergopoh gapah mem’packing’ secara rakus..

Abah balik dari surau warning suruh siap cepat…

830 pagi bergerak dari rumah..awai gakla coz bas kui 9..xpala..abah kata banyak keja lagi..

Sampai di perhentian bas sambil menunggu bas PANCARAN MATAHARI..Abah kata bas tuh mesti panas tapi pekerja bas tuh bermatian-matian cakap bas tuh sejuk..(Apa daa….orang wat lawak pon tarak paham ka..btoi bndoilaa..hak3)..Anda paham x?kalo x paham anda pon sama seperti pekerja bas tuh..kui3..

Elok ja bas sampai..aku pon naek dengan tidak relanya…rasa macam paksa rela ja naek bas padahal xdak sapa yang paksa pon..ho3….

Setengah jam dok lam bas..sampai di shahab…tiba-tiba saja mendapat petanda yang amat buruk…

Bergegas turun dari bas dan mencari benda yang sepatutnya dan berjaya meneyelesaikan tugas dengan kadar yang segera tanpa ditinggal oleh bas yang sangat panas tuh..huu..

Masuk ke dalam bas dengan keadaan yang tidak bermaya sekali..Terpaksa menahan segala kesakitan dan kekejangan yang dialami…(berkali-kali menyalahkan diri atas kecuaian tidak membawa ubat)

Tiba-tiba saja muncul idea gila..bas ne x begerak-gerak lagipon…nak turunlah..nak baliklahh…(sakit badan + sakit kepala memikirkan masa depan )

Pikir punya pikir bas jalan jugak dan aku merelakannya..Air mata hampir menitis tapi x boleh dititiskan kerana aku KUAT..aku KUAT..

Mengharungi perjalanan dengan kesakitan tahap sederhana...Nasib kali ini bukan kritikal..Aircond bas yang sejuk membuatkanku semakin kejang....Syukur Alhamdulillah akhirnya aku tertidur juga...sikit demi sikit sakit makin berkurangan..

Petang :

Lebih kurang pukul 4,aku sampai di Shah Alam..Menunggu kereta BMW biru menjemputku..(yehuu..leh naek keta BMW..yeyeye..tumpang nek keta orang pon jadila..aku bukannya mampu nak beli kan..)..

Dah nampak paksu..dah nampak..(aku juga nampak hari intebiu esok..takutnya..)

Paksu bawa aku tidur umah maksu Rania kat kondo..Sampai sahaja kat sana,aku tengok maksu aku sudah siap buat kek coklat.Kesiannya maksu..dahla perut memboyott tu haaa..

Masuk ke bilik tamu dan membersihkan diri..Masih sakit tapi boleh tahan lagi..Paksu and maksu paksa makan kek coklat dengan banyaknya kerana kesiankan aku yang x makan dari pagi tadi..Menelan kek coklat itu dengan paksarela kerana tidak lalu makan banyak..tapi kek tuh sangat sedap...Ruginya aku tak dapat menikmatinya dengan betol-betol...

Paksu balik ke rumah Maksu Yati untuk menghantar kek coklat kepada anak-anaknya..Maksu Rania plak semakin kalut aku tengok kerana tak masak nasi lagi..Dia kesiankan aku..Aku plak kesiankan dia..hee..sama-sama kesiann..

Menolong maksu di dapur dengan sangat lama kerana dia letih..tengok sajala perot dia..hoh...x sanggup aku nak suruh dia masak sebenarnya..

Malam :

Siap saja masak and hidang,paksu balik..Makan dengan paksu sama-sama..Maksu boh nasi kat aku tersangat banyakk.....(maksu..sesungguhnya saya xdapat makan banyak hari ini)..Paksu mencedok lauk ke dalam pinggan aku..(paksu..saya bukan cakap maksu masak x sedap..saya x dapat makan dengan banyak hari ini saja)..

Berusaha menghabiskan makanan dengan bersungguh-sungguh..Menolong maksu mebersihkan dapur dan terus masuk ke bilik..Masuk ja bilik bukak buku,bukak file,bukak portfolio....ah..ngantoklah..leteyhh..macam biasalah..tdoq sampai pagi..

Khamis 9/9

Pagi :

Bangun paling lambat sekali..bangun dengan perasaan berdebar-debar..

Keluar ke ruang tamu and membaca magazine interior sambil mengusha portfolio..ke hulu ke hilir sebab x ketahuan sangat-sangat...

Tengahari :

Maksu panggil makan sarapan..sarapan lewat sikit tapi aku xkesah...

Bersembang ngan maksu dengan sangat lama dan aku semakin mengenali maksu Rania..macam-macam yang kami sembangkan..dia sangatlah baik..

Penat bersembang kami pon tdoq..(aku tdoq x aman)

Petang :

Paksu balik..aku tengok jam dah 230 petang..aku pon bersiap-siap and menunggu maksu..(maksu xdapat mencari baju yang sesuai sebab perut dan semakin membesar)

Pukul 3 bertolak ke damansara..Sama-sama mencari company tuh sambil mengutuk planner kat situ..sangat x pandai dia memplan kawasan itu..

Sampai ke Kitchen Palace Interior 10 menet awal..

Masuk dan menunggu seketika sambil mengisi borang..Sangat nervous..

Dipanggil masuk ke dalam bilik bos Mr Ng...Ditemuramah dengan rilek sekali..aku senang bersembang dengan dia..aku x payah banyak cakap sebab dia banyak xplain pasal company dia..aku hanya xplain porfolio ckit-ckit and pengalaman aku..dia creta suma pasal staf,waktu kerja,family,skim gaji and attitude..

Aku menjadi pendegar setia saja tapi dalam hati menolak mentah-mentah kerja ini..Basic salary dia sangatlah sikit dan gaji banyak bergantung kepasa komisen..Memanglah komisen tuh dapat banyak kalo kita dapat tarik banyak pelanggan and involve bayak projek kan..tapi kalo tak..owh noo...Lagi plak cuti isnin saja..Sabtu Ahad kerja and public holidays pon keja..Aku x sanggup walaupun sangat berminat dengan kerja ini..

Mr Ng cakap..”i’m offering u to my company”..dia ckp maksudnya dia hanya tunggu keputusan dari aku saja..aku dah cakap baek-baek ngan dia yang aku perlu bincang dengan family dulu and dia pon faham..

Call paksu and paksu ajak ke IKEA...Makan.sembahyang 2 waktu di Ikea..Sangatlah lama melepak di Ikea..

Pulang ke rumah paksu dan terus bersiap-siap untuk ke stesen bas..Meninggalkan Shah Alam dengan tenang sekali kerana aku rasa kehidupan di KL bukanlah untuk aku....Babai paksu maksu..kamu berdua sangatlah baek dan aku rasa semakin rapat dengan maksu Rania..maksu Rania,jaga diri baek-baek..jangan kalut-kalut.

Tuesday, July 7, 2009

menganggur or bercuti?

pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan semasa dalam status menganggur atau juga bercuti panjang

PERBUALAN DENGAN MAMAKU
LOKASI : KAMAR TIDURKU

mama : adek dah balik berapa hari dah?mintaklah lagi kerja..dulu cakap macam-macamla..nak wat itu ini..tapi tengok xdak apa pon..
aku : waa..adek baru ja balik..mama dah nak soh adek p jauh-jauh dah..
mama : mana baru balik....lama dah haih...
aku : barula..baru 2 minggu..
mama : yaka?kita balik berapa haribulan?check2...
aku : ha..kan adek dah kata..baru 2 minggu 1 hari.(sambil melihat kalendar)mama.....(dengan sayunya)
mama : haha..mama rasa dah lama adek balik..mungkin sebab ramai sangat orang dalam rumah nie...

PERBUALAN DENGAN ABAH
LOKASI : RUANG REHAT RUMAH

aku : abah!!!esok abah nak keluaq cakap kat adek taw..(muka berseri-seri kegembiraan)
abah : hah??haa...(muka kepelikan)..awat?
aku : nak suruh abah pos resume nie..adek dapat keja yang bes..
abah : keja apa?kat mana?
aku : keja ..... kat gombak...(keja terpaksa dirahsiakan..hee)
abah : adek nak watpa p jauh-jauh tu...gaji berapa ja..adek nak dok mana..toksah-toksah...
aku : ala..mintak jala...bukannya ada apa ponn..kot-kot dapat..
abah : adek baru balik ja..toksah dok kalut nak cari keja..dokla umah..buat keja umah niee ha...tak pon p kursus kat alor setar tuh..senang..elaun pon dapat
aku : ala......mintak ja..(mencebik..sdeyh)
abah : senang-senang kawen jala....
aku : xmau ah.....adek muda lagi...kalo kawen dapat gaji sebulan 2000 takpa gak..nakla gak kawen..
abah : muda panya...besalah tuu..boleh aih kalo kawen dengan ..............
aku : xmauuuuuuuuuuuuuuuu....(bangun dan terus masuk bilik dengan sdeyhnya..)

PERBUALAN DENGAN RAKAN-RAKAN UKM
LOKASI : FACEBOOK AND YM

kawan 1 : ko ne asek on9 jaa...pegila cari kejaa..
kawan 2 : ko bukakla laman web PAM..ko antar ja resume ko..wat portfolio..bla bla
kawan 3 : pika..hang jadi baby sitter ka?
kawan 4 : pika baby sitter terhandal

ho3..sebenarnya banyak lagi..bla..bla and bla...otak aku berserabut..aku takmau keja berat-berat lagi..maksud aku kerja bidang archi nie kan..nak lari jap dari archi nie..ho3

Friday, July 3, 2009

suri rumah kah?

ohno..sampai sekarang aku tidak melihat peluang-peluang pekerjaan yang datang..
uhuh...takkanla nak makan tidoq ja kan..
banyak cantek anak mama abah nie..hee
yala..aku mana makan tdoq pon..
dah macam ibu anak tiga dah nie..huk3..

ne dia muka anak-anak aku


nama : nur aqeila @ kak long @ qila
umur : 8 tahun
gambar diambil : raya haji 2009 (memakai selendang mak tok dia bg dr indon)
karakteristik : suka melaram, pandai lilit tudung and berfesyen mengalahkan maksu dia..T___T
suka merajuk,tiap-tiap pagi nak p sekolah mesti nak wat perangai..
ho..sabaq jala..
aktiviti ari ini : mengemas bilik sendiri kerana katanya maw lawan bilik sapa paling cantik dengan maksu dia..
hekeleh..mana boleh lawan..
berebut mengangkat gagang telefon dengan aku (aku buat-buat nak p angkat ja..padahal malas gilaa..kah3) bagila depa menang kan


nama : muhammad daniel @mat @ muhammad @ daniel @ bangah
umur : 6 tahun
gambar diambil : kiri (makeover jd pmpuan..kah3)
kanan (masa p jenjalan ngan mak tok and maksu dia yang baik..kui)
karakteristik : sangat manja,suka merajuk,pomen terhandal sehingga banyak barang-barang rumah boleh dibuang begitu sahaja..selalu ikut tok ayah dia p surau..bagus-bagus
aktiviti ari ini : dimarahi oleh maksunya kerana berlari-lari di bilik maksunya dan curi-curi masuk bilik maksu dia untuk mengambil patung ulat kesayangan maksunya (hep..hep..mana boleh!!)



nama : nur ameira @ mira @ baby @ adek
umur : 2 tahun
gambar diambil : mengikut maksunya dan ibunya ke hospital
karakteristik : manja sangat dengan ibu dia..suka makan,suka kentut (mengaku kalau kentut), ikut cakap dan sangat comei..
aktiviti ari ni : merengek-rengek mau ke kedai..las-las pakngah yang super garang tuh jadi mangsa bawak anak sedara kesayangan dia p kedai..

okeyh..xdak keja plak dok bcerita perihal mereka-mereka ini..ari nie mereka tidak mengacau maksu mereka kerana maksu mereka sibuk depan laptop...bai..maw tolong ibu mereka-mereka itu di dapur..daa~~

Monday, June 29, 2009

memeningkan..menyakitkan

sangat mencabar kan jadi seorang cikgu?waa..respek sama mama ku..huh..
geram gila tengok result anak sedara yang darjah 2 tuh..bila suruh menghafal sifir macam-macam alasan yang dia bagi.
benda laen yang aku wat suma nak tiru..tapi..bab blajar nie xmau plak nak tiru...
heeish..memangla..sakit mata sakit hati tengok budak-budak kecik pon dah malas blajar..
sifir n bahagi pon xlepas lagi...kalau aku dulu x dapat 100 pon dah tyak..yang nie xpas pon leh rilek lagi..memanglah...bikin panassssssssss..

bab nak panjat pokok,nak bersolek no 1..hat tuh xpayah suruh..advance lagi dari kita..bila orang marah siap bagi jelingan tajam lagi..
memang xleh nak manjakan budak-budak lanie..makin naek pala..

bab laen gelak terkekek2..bila tanya ja pasal sekolah,adalah tuu...nanti kak long hafalla..maksu tulislaa kat kak long..mboi..dia pndai ajar kita plak...
kadang-kadang rasa cam nak biar ja..biarla..bukan anak aku pon..tapi aku xla sekejam tuh kan...aku xmaulaa depa ketinggalan..tapi tuhla nak beleter lagi..xreti dengar kata!!haishh..sakit-sakit....

macammana nak apply kpli nie?mau kecut perut suma budak-budak aku jerkah..haha

Tuesday, June 23, 2009

architecture student

orang kata budak archi nie pelik..pelikkah..meh tengok kriteria-kriterianya..adakah aku tergolong dalam kriteria-kriteria ini?

1.You know the janitors name.
*hah?dunnola...sapa cakap tau

2.Your roommates say "good morning" and you reply "good night"
*rumet aku xnah pon maen-maen wish nie..ha3..kalau the latest rumet
sama-sama biol

3.Someone ask you for your phone number and you give them the studios.
*hah?no laaa..xnah wat benda cenggitu

4.You start paying rent for your desk space in studio.
*hah?xdaklaa sampai macam tuu

5.You total up 3 meals of the day to your breakfast.
*ha3..ini betul

6.You have 3 or more cups of double shot coffee espressos in one night.
*of coursela..nanti ngantok

7.You ask the Santa Clause for the architecture supplies.
*santa claus??pleaselah...mna pcaya karut marut ne

8.You hear the same song on the radio or 3 more times in one night.
*hak3..sangat betul..

9.You know the different taste between UHU and Pritt glue.
*yup..of course

10.You can stay alive without sunlight, communication with people or having foods
but you would commit suicide if the plotter doesn't plot your work out.
*absolutely right

11.You dance madly at 3 am though you aren't drunk.
*uhuk3..memang ah..dah jadi gila nie

12.You are an expert to Auto cad, Photoshop, illustrator but you don't know how to
use MS excel.
*kena expertla..excel??erk..dah belajar dulu tapi dah lupa..haha

13.You've got 2 subject per day but you got to study it whole day.
*aa..yang nie pon betul

14.You spend you time in studio than in your own bed.
*tuh zaman 1st year and 2nd year boleila..saya bukan budak studiolah

15.You only leave the studio to buy supplies.
*owh..masa 1st year dulu yalah kot

16.You haven't taken a shower.
*ohno..mana adala..

17.Your parent have more of a social life then you.
*hue3..sangat betul2

18.You consider using broccoli for your models.
*ha3..broccoli dakla..labu kering ya kot..ada orang p jemur labu bagi kering..hak3

19.You know all the 24-hour food places in the area.
*yeah..maple..

20.Your friend get more sleep in 1 night than you do in 1 week.
*huk3..betulla..sadis betoi

21.You consider 3am an early night.
*3 pagi..memang awalla..

22.When you are out at 3am, and people know where you're eat.
*haah..yala tuu

23.The only building on campus with its light on is your studio
*agak betolla..sapala nak p kelas tengah-tengah malam nie

24.You confuse sunrise with sunset.
*biol sangatla sampai kompius kan..waras lagilah

25.You know how much a cubic foot of concrete weight (150lbs)
*erk..skip..skip

26.You slice your finger, and the first thing you think of is if you'll be able to
finish your model.
*huu..betoi..asyek tercedera ja wat model


27.You understand why architects have glasses and white hair.
*huu..erkk

28.You listen to all your CD's in 1 night.
*kalo maen muzik abes lah suma dalam playlist tuh

29.Certain song remain you of studio.
*yes2..ofkos..lagu "design ini membunuhku"

30.Sister's favorite brand name is Prada, DKNY ect…but yours are Mastex, Steadler,
Pentel, Rotring….
*i'm not dat fanatic in archi ok?

31.You dare not to have a gf/bf cause no one can accept for what you are.
*mbik archi lagi laku wat..

32.Upon hearing 'weekends' you think of sleep.
*yeah..jangan sapa2 ajak aku keluar..aku nak tdurrrr

33.You go to the food shop, and order the 'usual', and they understand.
*mana ada orang nak paham..bajet orang kenalla

34.You use architect tools to eat.
*gila ka pa...

35.You wake up to go school and you're ready there.
*hah?

36.You start wearing black.
*owh..hitam itu menawan dan tidak perlu di iron

37.You have no life, and you admit it.
*ya..ya..mana life saya

38.You start to critique a radio selection's of the song.
*yeah..mengkritik itu satu hobi

39.You refer to outsider studios are the 'Real World".
*yala2..kami ni insider ja

40.You confuse today and tomorrow.
*memang kompius pon

41.You think days are 48 hour long.
*kadang-kadang masa nak dekat submission rasa 1 ari tuh sat ja


42.You start using words instructor uses.
*humm..maybe

43.Doing models all nights long excites you.
*hohoo...motif?

44.You know the people in the studio better then your roommates.
*serba serbi luar dalam tau aih

45.You use your T-square or straight edge as a baseball bat.
*uish..xmen baseball

46.When you tell people you major in "architorture"
*mana ada..i jujur taw..architecturelah

47.You can't draw without listening music!
*sumtimes

48.When people say "icon" and you think of Louis I. Kahn
*no lah..kisho kurokawa

49.When you have 3 or more alarm clocks in your room.
*alarm clock pakai nset sudeyy

50.Social life = drawing!
*boringlah!!

51.everyone in studio hates you because you are the 1 who play their music too
loudly.
*not me..k

52.Then, after play your music too loudly, the same people who hated you start to
take interest in your music.
*yang ne maybe betoi

53.You try to do things to make your friend laugh while he is presenting.
*owh..xpasai

54.When you skip classes because you have too much work to do.
*terpaksala...submission dah dekat

55.When you have a nickname for all your tools.
*banyakla masa aku nak bagi depa nickname plak..


hoh..ada yang betol ada yang tidak

Monday, May 25, 2009

rumah memang bes

huhu..rasa sangat seronok di umah

*makan bes
*ada anak-anak kecik yang comei
*xdapat malas-malas sebab ada orang akan cakap
"mak tok p keja..mak su tdoq..sapa nak masak?kak long lapaqla satgi..ok..saya terpaksalah bangun menyediakan sarapan untuk mereka"
*xpernah sunyi






hepi bzday to nur ameira sebab dah msuk 2 tahun-22 mei
tengok budak-budak nie..ngan kotak pon jadi keja

tangkap gamabaq bajet ngan muhammad daniel yang cakap banyak

Wednesday, May 20, 2009

12 orang?

12 orang?apa itu 12 orang?knapa mesti 12?knapa mesti wujud angka itu di facebook?owh..janganla main-mainkan perasaan saya..huu...baru saja lega ngan design..tiba-tiba dapat kabar buruk plak..

s2dent A : puan,ada possiblity org fail x?
lecturer : ada..memang ada..saya xfinalise lagi markah..petang nie pukul 6 petang baru submit markah yang btol-btol

macam tula lebih kurang baris-baris ayat yang menggetarkan jiwa raga saya..huu...
huu..sangat scary..sampai sekarang ak masih terpikir-pikir sehinggakan mood untuk balik umah pon dah xceria..

huu..apa apa pon yang terjadi..pasti ada hikmahnya kan...
ya Allah..aku nak grad tahun nie..tolongla....

Tuesday, May 19, 2009

sakit itu sudah ilang

yeaaa!!!dah tak sakit lagi..
dah berakhir segala design..
alhamdulillah..berjaya gak ak mengahabiskan subjek yang amat susah nie...
memang masa ari internal review ari tuh suma orang berseri-seri..muka semua penoh kepuasan..

tapi..bila balik bilik ja..bohsan yang amat..tiba-tiba rindu plak untuk mendesign...aikk..mereng betoi kan..haha..



bgambar bersama model untuk kali terakhir..terakhirkah????huu..sedey2


esok memang btoi2 ari las untuk design..external review..mesti esok lagi sdeyh..
bangah nak datang ambik barang!!yeah..tnggal 1 beg ja laa kt cni..waa..bunga2 untuk mninggalkn ukm sedang berkembang dengan mekarnya..

sukakah??suka dalam sedey..huu T____________________T

Friday, May 8, 2009

saya sakit

saya sakit...
huu..sakit lama dah bermula..
sakit sejak masuk UKM terchenta..
sebab sakit ne gaklaa saya bertahan lagi dalam ukm...
sakit ne xdk ubat..
bertahan saja..

menu org sakit ari nie

sarapan (menyoghok bak kta org kdh) : sosej rebus n sekeping roti (peh...sakit2 makan sosej..xtahan)haha..ne pon sbb r yg bawakkan..xdak kejanya pagi2 nak cari mana sosej rebus..

makan tengahari : energy drink ginseng plus (buang tebiat la arini..btoi2 sakit ne..)beli kat unikeb tadi sebab nak tenaga kunon

makanan utama : sketchup 3d
minuman : ym di kala bosan (ak on9 rini..x sangka)
pencuci mulut : facebook n blog
aik..mana makanan yang sebetul2 nya?haha......xyah makan!!wat 3d..

makan malam : ahhhh...xtaw..nnt smpai seru..makanlahh....


sekian....
yang sakit..
nama penyakit : design flu





Tuesday, May 5, 2009

malas itu TIADA

ak tataula..rs malas sgt skrg ne..idea pon xdak masuk..
huu..ckit ja lg nk abeskn pgajian ne...

bila nak stat MALAS lg..ak xjd dh bla bc blog mama..T_________T

ne petikan kata2 mama :

Assalamualaikum..

2009 tahun akhir untuk kedua puteriku berada di UKM. Seorang bidang perguruan DPLI pendidikan Islam dan yang seorang lagi bidang arkitek. Masih ku ingat saat yang amat bahagia jam 12 malam apabila tiba-tiba aku dikejutkan.

"Mama, kakak dapat UKM bahagian Quran Sunnah"

"Apa? Alhamdulillah" Aku menangis kerana terlalu gembira. Itulah harapan yang aku tunggu selama ini.

Tahun berikutnya aku sekali lagi gembira kerana puteri bongsuku ikut jejak kakaknya. Yang menggembirakanku mereka pernah berada sebilik. Ini menyenangkan untuk ku berbicara. Tambahan zaman sekarang serba canggih dapat aku ym dengan anak-anak. Terubat rasa rindu walaupun berjauhan. Aku sentiasa menasihati supaya tabah menghadapi kehidupan terutama menghadapi susah payah dalam mengejar ilmu. Aku juga sentiasa ingatkan mereka agar menjaga akhlak sebagai wanita muslima. Alhamdulillah aku berbangga dengan mereka. Bagiku itulah harta yang tidak ternilai.

Sekali lagi aku gembira bila pertama kali menjejak kaki ke dewan pada hari konvokesyen anakku. Seronok betul melihat wajah cerdik pandai yang berjaya menamat pengajian mereka. Semua waris gembira dengan kejayaan anak mereka. Alangkah bahagianya kalau semua anak-anak berjaya. Walaubagaimanapun kata orang tua-tua tidak semua buah itu elok. Semua itu ada hikmahnya.

Cukuplah setakat ini dulu coretan buat kali ini. Lain masa Insya Allah kan ku coret lagi.


TQ mama....sob3..(nk kna p bli mkn dulu bru jana tenaga)

Saturday, April 18, 2009

thesis oh thesis



tgk..byknya file n folder...*penin2*

mnggu ne aku asyek wat thesis ja..xsntuh lg dsgn..*mamposlah*
rs sgt penin n nak kna tumpukan spenoh phatianlah kn..nk2 plak siti syafiqah ne suka maen2..(sp tu2..hee)..bajet xonlinelah ym,imesh,fbook n fs..haha..tp bla dpt ja emel sal fcebook..lju ja nk mngomen gak..ha..kn dh hilang konsentrasiku...

pas2 bohsan2 tgk sp yg on9..kacau sat..nsiblah kwn aku yg sorg tu dh jrg on9..klo tdak aku asyek nk berym ngn dia jala..sp2 kwn tuh?sp2?kmulaahh..kmulah NUR ASYIKHIN MAHAMAD ZAHIR ..pas2 nsiblah aku xdk dwet nk galak menopup dan bgayut sm budak itu..sp2 bdak tuh?sp lagilah klo bkn bdk yg xmau dgar kta aku tuh..kamulah HAMIZAH MOKHTAR..(ada kamu diet x?siap kmu kalo sy jmpk kmu msih xskecik sya..haha...kcikkah??)

td tiba2 aku saya rasa sangat membuak2 rindu kat umah n berpikir nk blik arini jugak..kol mama..mama ckp baliklah..pas2 terdengarlah suara bdk kcik kat blakang..aku pon tnya sp tuh?mama ckp ank2 abg..owh..depa ada ka..xpalah xjd blik..sori aqeila,daniel,ameira...maksu bkn xnak blik sbb anda suma..maksu keja banyak..nnt kalo mksu blik umah,mksu xdpt wt keja kalo ampa suma ada..nnt mksu asyek nk bermaen ja..pas2 nnt maksu tnsion..nnt mksu jd grg..ksian kt ampa tau..kalo maksu mrh.nnt mksu akn menyesal sbb marah bdk2..so..maksu blik nntlah ya..
tunggu..rindunya mereka2 itu..

huhu..awtla sush sgt nk mngarang ayt ne..dah lama xwat karangan agaknya..ala..apa susah..copy paste sudaaa..(gla ka pa thesis copy paste..tuh nmnya PMALAS)..uhuh..topik aku xdakla susah sgt tapi aku mnyusahkan diri..suka complicatedkan keadaan..ish2..ym ngn sue (rakan sethesis under lecturer yg sama)..sj lah luah2 n smbang2 btapa pnatnya wt thesis tp xbyk progress..aku dok pkir2 lah nk kna rujuk buku gak ne..xkan tgk tenet ja..xcukup..aku nk baca KALAM-housing crisis..nk cri mna ek?ym2 ngn sue..n sue ckp.."aku adalah artikel dia"..yahoOOOo..ati aku berbunga2..n then sue dh bg ak 7 artikel..ak dh baca dua..2 thumbs up to dat artikel..sgt bes dan mudah difahami even anda bukanlah budak akitek..crius bes..


nnt2 klo aku ada masa aku rngkaskn ckit isi kndungan dia..kalo ak RAJIN dan ADA MASA..*saya sesekali tdak berjanji*


huu..d kesempatan ini..mau wish epi bzday kpada anda..sapa lagi ne?sapa lglah..andalahh...kawan baek saya di ukm ne..FARIDA ZAKARIA..slmt ari lahir ke 22..anda mmg sudah tua..hahaha



huhu..k lah..rs cm nk tdoq ja..esok bgn awal yea..bgn awal..(cb jdi plajar normal yang cerdas dan cergas)

Related Posts with Thumbnails