Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

kebebasan bersuara


boo...boo..boo..erkk..terlekat
-sumber gambar tiru dari google lukis kembali (gigih gila)



Sekarang nie saya sentiasa berkerut-kerut dahi membaca beberapa page di Mukabuku yang konon dan tidak konon sangat memperjuangkan kebebasan bersuara..
kata mereka , mereka bebas bersuara kerana itu hak mereka..ditekankan sekali lagi hak mereka...yess..tak salah pon sebab mulut tuh awak yang punya dan juga peti suara mengeluarkan suara awak...tangan itu awak yang punya dan papan kekunci menerima semua tekanan ke atas taipan awak...dan tak salah juga sekiranya disebabkan kebebasan itu awak dilempang dan dikenakan tindakan oleh pihak yang satu lagi kerana mereka pun bebas bersuara melalui undang-undang..

Nak tengok dari sudut positif?Mari kita tinjau..
bila kita bebas bersuara memang kita dapat memperjuangkan hak kita..
kita dapat menarik perhatian ramai orang meneliti masalah kita..
kita dapat mempengaruhi orang ramai berfikir seperti kita..

Tapi kalo tak kena cara yang positif akan jadi negatif
bila pihak yang laen bebas bersuara , kenapa kita nak melenting..
bila semua orang dah mengalih perhatian dan mengkaji kes kita..kenapa kita nak emosional..
bila kita tidak dapat mempengaruhi semua orang kenapa mesti bermusuhan..

Bagi anda-anda yang ingin bebas bersuara di luar sana..jika anda rasa suara anda itu tidak akan menimbulkan persengketaan malah membawa kebaikan..teruskanla..tapi bagi yang tidak..fikir sedalam-dalamnyaa..

Setiap bait-bait perkataan yang terlahir di status,komen-komen ,nukilan di Blog, FB,twitter dan sebagainya mencerminkan tahap intelektual individu tersebut :)

Nota Hati : Diam bukan bermaksud setuju..hanya mematikan persengketaan

3 budak baek komen:

Imm said...

cemerlang...

syafiqah one said...

contoh isu yang disuarakan?

pikah yang baik said...

chik : boleh bagi hadiah kot

pikoq : kebebasan bersuara yang lebih ke arah menghina agama Islam sekarang nie

Related Posts with Thumbnails