Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, September 14, 2012

How I Wish

How I wish dunia bulat ini tiada sengketa

How I wish hati ini tak tercalar lagi
How I wish dapat menempuh semua ujian dariNya dengan tenang
How I wish dapat memajukan diri sentiasa
How I wish menjadi seorang yang sangat rajin dan tabah
How I wish semua orang hadam dan paham kenapa saya bertegas katakan tidak
How I wish tiada lagi duka untuk kami semua
How I wish yang akan datang beragama dan berakhlak
How I wish tiada paksaan dikenakan
How I wish ada orang paham situasi saya
How I wish tiada yang pandang dengan sorotan negatif
How I wish tiada yang mengadili secara melulu
How I wish semua impian saya menjadi kenyataan

Menolak bukan bererti menolak kebaikan
Menerima bukan bererti seikhlas hati
Membenci jauh sekali
Cuma jauh di sudut hati sangat hina diperlakukan sebegini
Jangan mudah mempercayai sedangkan hati saudara sendiri disakiti
Bukan ego jadi sandaran
Tapi cara diperlakukan buat saya hilang kesabaran
Saya juga manusia biasa tidak pernah lari dari kesilapan
Tapi bukan bermaksud semuaa kesilapan saya lakukan
Anda yang rasa diri penuh amal kebajikan
Malulah pada Yang Esa 
Malulah pada Yang Kuasa
Malulah pada Yang Menjadikan
Tiada Dia mengajar hambaNya memperlekehkan
Tiada Dia mengajar kita mengadili sesuka hati
Tiada Dia mengecualikan kita dari ujian


Nota Hati : Tiada sebarang harapan perlu disandarkan kepada manusia.Hanya Dia yang menentukan

Sunday, July 15, 2012

Sebak

apsal entri nie..semua nya nak tajuk negatif kan..suram..sedih..stress...pastu sebak pulakk..
tapi yang nie laen..sebakk positif..jeng...jeng..jeng...
tak adala surprise pon sebab dah umum kat facebook..
poyo gila pi umum kat facebook kan..eksaitedd tau tak..

Alkisahnya macam nie..
Dahulu kala Sang Abah menyuruh Sang Anak menyambung pelajaran
Sang Anak asyik kata nanti dan nanti
bila Sang Abah suruh..Sang Anak baru tergegeh-gegeh survey Universiti mana yang buka pemgambilan master..Sang Anak tergegeh-gegeh terlupa dan terlepas tarikh sehingga mengambil masa 2 tahun
Sang Abah masih lagi bising dan bising dengan Sang Anak yang leka dan alpa gitew...cehh

Tahun 2012 Sang Anak mula berpikir secara serius bahawa dia perlu sambung belajar..perlu!!kawan seangkatan Sang Anak juga ramai yang dah pulang ke gagang Universiti untuk menyambung pelajaran
Nak dijadikan cerita malam itu Sang Anak bukak laman web USM..Sang Anak lihat...pengambilan DIBUKA SEKARANG!!

Sang Anak laju-laju download borang..bergegas ke UKM ambil sign lecturer dan pulang pula bergegas ke USM menghantar borang..lepas hantar borang, maka bergegaslah ke tempat kerja..opkosla..takkan mengulaq pulak kann..

Sang Anak sebulan sekali melihat laman web IPS USM..Sang Anak tengok permohonan dilanjutkan tarikh..maka muramlah Sang Anak memikirkan status permohonannya yang dah berbulan-bulan masih IN REVIEW..muram dan muram mengenangkan apakah nasib Sang Anak.

Sang Anak terlihat di facebook IPS USM mengatakan keputusan 15 Julai..Sang Anak pikir ntah betul ke tidak sebab di laman web tak ada cakap..Sang Anak berbaring pada 15 Julai dan tiba-tiba terpikir akan keputusan permohonannya..Sang Anak cuba membuka laman web tersebut tanpa rasa apa-apa..cuma ada rasa getaran mungkin tidak berjaya..

Terbeliak mata Sang Anak bila melihat...



Sang Anak menjerit terlompat-lompat..erk..spontan okeyh!! berlari mendapatkan Sang Ibu..

Mama!Mama!Mama!

Sang Ibu di bilik menyahut dengan panik..

Awat????Awat??Awat???

Adek dapat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!MASTER...melompat memeluk Sang Ibu seraya sebak menangis (setitik saja ..kira menangis dak?)..sekian.episod sebak..eh..lupa..Sang Anak berlari pulak mendapatkan gagang telefon..telefon Sang Abah..bagi salam.pastu menjerit di telefon ABAH!!!!!!!adek dapat Master!! Sang Abah bersyukur..tetapi sempat Sang Abah marah sebab buat terkejut menjerit2..haha

OK..Baru boleh cakap Sekian..Sekian....Sekiann...Sekiann....Yehuuuuuuuuuu!!!

Nota Hati : Ya Allah..Doaku sampai jugak padaMu..Ku sangat bersyukur Kau telah perkenankannya..Alhamdulillah :)

Wednesday, July 11, 2012

Niat tuu...Niatt



Lawak sangat bila ada kawan saya share dekat FB.Memang seyes lawak..Jari pantas saja menge LIKE that post..

Perempuan Melayu sibuk berpuisi/ berkarya tentang bakal imamku...tukang bayar shopping ku?hahha...tak boleh benti gelak...

Yeala..kemain sekarang nie share bakal imam ku..bakal bla...bla...Tak salah tapi kurang senang tengok kalo yang share tu boleh ke jadi bakal makmum?Kalo share seiring dengan usaha takpa..nie ha..share seiring dengan impian kosong tersengih-sengih palsu...Dik oi..kalo yang sedang belajar baru nak menapak isi borang SPM, PMR...tak payah kot nak berangan..Cer awak berangan dapat semua A dekat slip tu..kan ok..

Erk..ok..post nie bukanlah tujuan mengata orang..tapi nak menegaskan lambakan share yang tidak dihayati sebetul-betulnya...Jangan share sahaja kalo anda tidak berniat untuk mengamalkan dan mengambil iktibar..

Ok caw..Assalamualaikum :)

Nota Hati : Setiap perbuatan perlu seiring dengan niat yang betul.Hindari niat yang terpesong :)

Sunday, July 8, 2012

hari-hari yang Muram

ini adalah mood ceria ASLI okeh??


Emosi amat terganggu sekarang ini
tak dapat nak sembunyikan daripada semua orang
sudah tak pandai nak cover
kemuraman terserlah
maka kemurungan mengambil tempat
memuhasabahkan diri
memujuk hati sendiri

cuba tidur biar mimpi indah jadi ganti walang di hati
tapi masih tak berjaya
bangun sibukkan diri..okla sikit
tapi seminit sekali perasaan sedeh tu datang lagi

tak taw nak gambarkan macammana..
sedeh sangat..rasa terhina pon ada..
Ya Allah... ya, aku mengaku..aku hamba Mu yang masih lemah
aku mengaku..
cukuplah sekali jadi...
aku tak nak teruskan lagi kalo aku terasa hina sekali macam nie
cukuplahh....aku dah rasa abes meter dah nieeee....
klo ada speed trap sah kena saman..
tekan minyak tabah sampai abes..
sebelum minyak abes..baik aku berhenti kat R&R Gurun

ok baii..selamat malam..
esok cuti lagi..yeay!!

Nota Hati : Mama nampak saya kurang ceria? Humm...ketaranyaa..betul-betul dah tak boleh cover emosi nie.

Thursday, July 5, 2012

JANGAN MENYERAH

Saya rasa dua kali post seperti  nie saya up dalam blog .menunjukkan saya sangat terkesan dengan lirik nie..Bila mana masalah dah jadi makanan ruji, hati kena sentiasa kuat!kuat!kuat!Jangan sesekali biarkan hidup sentiasa dirundung masalah..Apa jua keadaan..saya kena tangani masalah itu dengan tenang..yakin dengan semua yg terjadi ada rahmat di sebaliknya..ok tipikal gila ayat..tipikal..tipikall..ayat dah tak ummph..ehh..sejak bila pandai buat ayat ummphh kann...haha


Syukuri apa yang ada

Hidup adalah anugerah

Tetap jalani hidup ini

Melakukan yang terbaik


Tak ada manusia

Yang terlahir sempurna

Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi



Tuhan pasti kan menunjukkan

Kebesaran dan kuasanya

Bagi hambanya yang sabar

Dan tak kenal Putus asa

adakah anda semua tahu betapa bencinya saya dengan perkerjaan sekarang?betapa sayangnya saya nak meninggalkan pekerjaan sekarang?aikk..tadi kata benci..tadi kata sayang..macam biasala..graf emosi benci sayang turun naek..

kadang-kadang benci sebab..susah nk explain
sayang sebab saya rasa dah semakin boleh bekerja dengan jaya and cemerlangnya..kira boleh dpt anugerah cemerlang ahh.erk maksud saya anugerah cemerlang di mana pemberi anugerah dan saingannya adalah diri saya sendiri..haha..ok tak lucu..tak lucu..tak lucu..

ok tamat

Nota Hati : Bila hujan lebat bawa banjir..Ingatkan diri , banjir itu bukan petaka..mungkin ada Rahmat tersembunyi yang kita tak nampak :)

Wednesday, June 20, 2012

yakin dengan janji Dia

kita leka kita lalai sentiasa
kita alpa dengan nikmatNya
bila ditimpa petaka
barulah kita menoleh ke arah Dia

bukankah kita seharusnya utamakan Dia
kenapa kita mesti berasa sedeh dengan takdirNya
mengapa mesti kita berputus asa
sedangkan Dia tidak pernah menghampakan kita

bangunlah wahai manusia
khalifah muka bumi yang istimewa
sedarlah dari dusta dunia
ayuh kita kembali ke jalanNya
(pikahbaik 20 Jun 2012 9:45 p.m)


sumber : google jewww

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Subhanallah..Alhamdulillah...setelah sekian lama saya tak berkata- kata..menyepi di dunia blog yang tak seberapa ini..saya kembali berkelana (eceh..control2)

Rasa semakin hari semakin teruk bila saya sering merungut tentang kerja..kerja..kerja..Saya sedar saya sepatutnya bersyukur kerana sudah bekerja dan dilimpahi kurnia dari Nya..

Kakak saya pernah cakap bila mana kita sedeh..kita mengharapkan sesuatu...bangun malam,bermunajat kepada Nya..mintak kepada Nya dengan sesungguh hati..Dia akan sentiasa dengar rintihan kita..

Bila mana kita yakin dengan Dia..insya Allah doa kita akan dimakbulkan oleh Nya..Ada seorang hamba Allah yang saya kenali (terpaksa dirahsiakan)  sering melakukan solat hajat dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah...sentiasa yakin dengan Dia..tidak melebihi 2 tahun sudah dapat ditukarkan ke semenanjung.Ramai yang tertanya-tanya beliau pakai kabel mana..Dijawab oleh pihak keluarganya kabel paling besaqq sekali ..mintak pada Dia (Allah) ...


sekian..(macam besa tak reti wat ending)

Nota Hati : Hati..sila yakin dengan Dia..jangan dok fragile sangat boleh dak?

Sunday, May 6, 2012

alasan bergambar - Mei 2012

Saya dengan ini mengisytiharkan kelayakan menjadi blogger anda telah ditarik balik.Sila buat permohonan baru...huh..tuhla namanya bukan blogger sejati...

Saya sangat sibuk kebelakangan ini menguruskan kehidupan yang caca merba dan bahagia..ehh..okla tuu..ada pahit dan manis kan..

Alasan untuk pembaca saya yang sedikit cuma..mungkin seorang dua sahaja..

1.  sebuk mewarna dan melukis walaupunn nampak kecacatan teknik mewarna di situuu

 2. sibukk bekerjaa dan mendedahkan diri di bawah cahaya matahari..mungkin lebih tepat dikatakan menghitamkan diri..uwawawawa...

3.  sibuk membuat kueh cheese tart blueberry kerana kempunan sangat pada masa ituu...ntah kenapa smpai meleleh2 air liur ingatkan diss kueh 

 4. sibuk menghadiri jemputan kawan baik SMKAK,UKM - Azira..

 5. Sibuk mencuba felt craft..gigih buat dis icon n i did it!!yeah..sangat sukaaaa dan sukaaaa...dan sangatlah suka..thanx kikin memprkenalkan dis icon to me..
6. Sebuk menghadiri majlis pertunangan kawan baik (Aida Fitriya) + mini reunion rumet terdahulu - Wajarianz

7. last sekali sibukk makan kek layer best fren (Nur Fathiyah) buat..ehh..nie bleh ketgori sibuk x?ehe..





Nota Hati : Saya perluu maju ke depan...susah atau senang..hidup perlu diteruskan..blog bersawang atau tidakkk bukan jadi ukuran..ok..stop dh xdk kaitan.

Sunday, February 12, 2012

update bergambar



admire design ini..ha ini barulah gambar sebenar projek yang saya sedang involve sekarang :D
ok..2013 kena siapkan bangunan-bangunan ini! Berusaha!!

Nota Hati : Ya Allah.... ;((

Friday, January 20, 2012

Hijrah

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang- UEM.. bukan my company eh..my company wat pakej tol je..pic 3d toll ada dekat bos
sumber : google


berhijrah lagiiiii.....
macam ini lah kalo kerja jaga projek
sentiasa berhijrah
tak pernah tetap

kenapa kerja di IPD Yan sekejap sahaja?
kenapa?kenapa?merajukkah..
ofkoslah tak..
merajuk dalam hati sahaja

saya ditempatkan di IPD Yan atas arahan bos..dikeluarkan dari sana juga atas arahan bos..yeah..walaupun sebenarnya niat nak mengeluarkan diri dari sana ADA tapi tanpa dipinta Allah dah mempermudahkan jalan untuk saya...Alhamdulillah syukur....dapat mematikan unsur-unsur negatif yang membiak..

sekarang saya ditempatkan di projek Tol Plaza Jambatan Kedua Pulau Pinang..masih dalam proses paperwork..kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam bulan 3..
Perasaan sekarang macammana?hepi ke tak?
Alhamdulillah perasaan hepi tu tak ada..ehh..silapp..perasaan tuh ialah bersyukur sebab Allah sangat menyayangi hamba Nya ini..rezki tidak putus-putus...Allah mengeluarkan saya dari previous project untuk menyelamatkan saya dari menjadi semakin negatif dengan hasutan,umpatan dan dengki orang...Allah menyelamatkan saya supaya saya tidak bermusuh dengan orang...saya sayang semua yang pernah menjadi kawan saya,yang baru nak jadi kawan saya even saya ditikam dari belakang...awak yang mungkin tidak suka saya..saya mimpi saya dah berbaek dengan awak dan tersenyum :) .. saya harap mimpi saya akan jadi kenyataan.


Nota Hati : Setiap manusia melakukan kesilapan...bak kata kawan baek saya.."Permulaan itu tidak penting..yang penting pengakhirannya :) "

Related Posts with Thumbnails