Aku mula mengenali Dia sebetulnya tatkala aku masih berumur 17 tahun..
Aku sentiasa mahu Dia di sampingku….
Aku tatau kenapa aku memerlukan Dia ketika itu walhal sebenarnya aku ada komitmen yang lebih penting dari Dia…
Ya..masa itu aku sedang menghadapi SPM….jika dikira akal logiknya aku tidak perlu membuang masa aku dengan Dia..
Aku seperti bangga kerana mendahului kawan-kawan aku yang lain kerana aku sudah ada Dia tetapi mereka masih belum…ceteknya pikiran waktu itu kan..
Kata mereka..mak bapak tak bagi..lepas dah abes sekolah baru boleh…
Bila dah mula masuk ke alam matrikulasi, aku semakin sibuk dengan Dia..tapi bukan Dia yang ketika aku di tingkatan 5 itu..aku sudah mempunyai Dia yang baru…
Aku semacam gembira bertukar-tukar……Aku dan rumet-rumetku seolah-olah berlumba-lumba untuk mendapat yang lebih baik dan membandingkan-bandingkan sesama kami…budak-budak..macam tuhla..
Bila aku masuk ke dalam alam universiti, perspektif aku terhadap Dia bukan lagi untuk suka-suka…
Aku dan Dia semakin rapat dan Dia banyak membantu aku dalam pelajaran dan urusan seharian aku..
Kalau boleh aku nak Dia bersama aku hingga akhir hayatnya..tapi..apakan daya jodoh tiada..Dia dirampas oleh seseorang yang tidak ku kenali…
Aku seperti menyesal kerana cuai ketika itu..Aku sibuk menguruskan masalah penginapan aku sehingga Dia hilang dari pandanganku…Ketika itu baru aku menyedari Dia amat penting dalam hidup aku…
Aku tidak menangis kehilangan Dia kerana aku pasrah dengan takdir yang telah ditentukan…
Balik cuti semester,aku telah menemui Dia yang baru dalam hidupku..Dia masih bersama aku sampai sekarang..sudah hampir mencecah setahun jugak aku bersama Dia..
Kadang-kadang aku rasa seperti nak membuangnya jauh-jauh kerana Dia selalu buat hal….Nasib ada abah yang nasihatkan aku supaya jangan tinggalkan Dia..Dia masih baik….
Dia yang aku terlupa bawak ke opis arini….Sony Ericsson w380i…wee~~