Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, February 24, 2011

You are trying 2 be nice but u aren't nice at all!!!

You are trying 2 be nice but u aren't nice at all!!!

emo sungguh tajuk entri kali nie..tiba-tiba terasa nak highlight kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh semua orang tanpa sedar...jom-jom rajinkan diri membaca..

SITUASI 1 (suka mengemas)

Tindakan Anda :
Anda rasa kesian dan rimas melihat meja kawan/bos/musuh anda yang semak.Maka dengan rajinnya anda pon mengemas sehingga baris bucu bucu kertas kelihatan sama...xdak lari langsung walaupun 1mm..semua fail tersusun rapi di satu bahagian...memang tip toplah!

Anda pikir :
Mesti nanti bila dia datang,dia akan berasa amat gembira.Kalo meja bos boleh la tunjuk prestasi cemerlang..meja kawan boleh buat ati dia senang..meja musuh boleh redakan kemarahan..

Hakikat :
Anda langsung tak membantu....Si pemilik meja mungkin akan histeriaa dalam ati sekurang-kurangnya.."OMG..my place..oh noo...."..itu untuk pemilik meja yang gedikla..Anda telah merosakkan hari dan moodnya pada hari itu..Tidakkah anda taw dia telah meletak susunan dokumen di mejanya mengikut list item dalam pala otaknya??Anda telah membuat dia berasa kecil hati kerana mungkin juga malu mejanya telampau semak...dan juga dia sudah kelaskan mengikut kerja yang telah siap,belum siap dan pending..anda telah mencampuradukkan semua keja-kejanya!!oh tidakkk!!

SITUASI 2 (luahan masalah)

Tindakan Anda :
Anda beremosi ketika menjadi pendengar masalah.Apabila kawan atau orang sekeliling anda mengalami masalah dengan kawan rapat/gf/bf dan keluarganya, anda menjadi batu api kaw2 punyalah...Lagi dia panas lagi anda cucuh api...daripada sekecik-kecik api mancis hingga menjadi sebesar2 api pembakaran terbuka..

Anda Pikir :
Anda perlu menyokong kawan anda tidak kira dia berada di pihak yang benar ataw salah..Sapa saja yang wat kawan aku tersiksa..dia memang jahat!!peh kawan sejati baek punyaaa...

Hakikat :
Apabila keadaan sudah reda..kawan anda akan terpikir betapa busuknya ati anda kerana telah mengutuk insan yang disayanginya ...Daripada bengang dengan orang laen..terus jadi bengang dengan anda..
"eh..lebih-lebih plak dia kan..macam dia yang kena...lu pehal nak ngutuk-ngutuk gua punya keluarga/kawan rapat/gf/bf..hah??gua bengangg..bengangg gila dengan lu!!!"

SITUASI 3 (percakapan seharian)

Tindakan Anda :
Anda terlampau rasa bersalah dalam semua hal..Anda sering meminta maaf kerana merasakan diri ini selalu menyusahkan orang sehinggakan anda terjatuhkan pen kawan anda pon anda meminta maaf selama seminggu..

Anda Pikir :
Orang akan memaafkan anda dengan mudah dan sekaligus dapat menghilangkan rasa bersalah dalam diri anda..

Hakikat :
Orang akan mula rimas dengan sikap anda yang terlampau suka meminta maaf..Mula-mula memang nak maafkan tapi lama-lama...ehh...aku cakap dah maafkan..maafkanla..kang aku tumbuk mulut hang xleh cakap langsung kot....

SITUASI 4 (bajet gentle)

Tindakan Anda :
Anda cepat-cepat mengelap baju awek setelah tanpa sengaja menumpahkan air di bajunya.(bagi yang lelaki)

Anda Pikir :
Anda kelihatan sangat gentlemen dan charming.

Hakikat :
Ello...!!Dahla tumpahkan air kat baju i..u nak menggatal plak...pliss lah..i menci taw laki macam nie..mencikk...mencikkkk..mencikkk....!!

SITUASI 5 (salesgirl punya hal)

Tindakan Anda :
Anda berasa sangat bertanggungjawab untuk mengiringi pelanggan yang datang ke kedai anda..Kalo boleh anda nak tolong pilih sekali.

Anda Pikir :
Anda akan menyenangkan pelanggan anda dan dapat memenuhi moto mesra pelanggan.Untung-untung bos tengok naek la gaji..

Hakikat :
Taw tak yang anda sangat menjengkelkan??Ikut suka i la i nak pilih kaler apa,corak mcammana..yang u sebuk-sebuk nie pehal??kalo i nak u..i panggilla..nie sampai i masuk fitting room pon u tnggu depan pintu tuh..Lain kali ubah moto kedai u.."Pilihan kami pilihan anda".Huh!

Agak-agak anda -anda kat luar sana pernah tak buat macam nie..kalo penah henti-hentikanlaa...
Buat baik berpada-pada..!
Sekian..

8 budak baek komen:

AsYikHiNz said...

Nice poST!! macam dalam majalah. hebatt.. ka mmg dr majalah? huuu

pikah yang baik said...

mana ada..aku karang sndiri tuhh..sebab bengang situasi 1 jd kat aku..kui3

.Dilla Nur. said...

waahh..nice...mmg benda yg slalu blaku pon...adess~

pikah yang baik said...

ha3..kita xsedaq kan..kdg2 kita pon wat benda yg sama..huu

CIK AMSAL said...

wiwiittt...cik amsal tekan butang like untuk entry ni..menarik n very informative..mesti yang hakikat 2 suma yg ang dok wat n pk selama ni kan..huh..rupanya ang memang not nice at all lah..pekah dah x pekahbaik lagi..!

pikah yang baik said...

xdak butang like..nnt aku boh..mana da la weyh..tu semua prangai hg..aku creta ja kt cni..kui3

Ummu Mujahid said...

Pada pendapat sayala... Kalau kita buat gheja kerana Allah.. Insya Allah Allah akan balas. Yang penting ikhlas. Kita yang menerima bantuan tu sepatutnya perlu berterima kasih sekurang-kurangnya walaupun kita bengang..Sekian... Ingat akhirat....

pikah yang baik said...

eh..betui jugakk kan..ish teruknya saya...taw nk bengang saja

Related Posts with Thumbnails