Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, January 18, 2013

permulaan cerita 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca seciput cuma (gaya haruslah matang seiring usia.ehem..ehem)

Sudah tahun 2013 dan saya rindukan bebelan saya sendiri di blog.
Saya pernah menanam azam ingin matikan blog dan saya ingin bukukan blog untuk tatapan saya sendiri dalam erti kata syok sendiri.hiks..(gelak haruslah sopan seiring usia k)

Amboi,setiap perkataan semua kena seiring usia ni mcammana??Mcm mana apa..dok rasa koi tua la yang buat apa pon pkiq usia :(

Saya tak ada azam berasaskan tahun.Saya ada azam dan pendirian hidup yang disimpan dalam hati kaca.eh hati kaca lagi?opkoslahh derrr...

Saya amat berharap hati kaca saya masih lagi utuh dan perbuatan saya berlandaskan gerak hati yang benar.

Saya juga mendambakan diri saya sebagai pencetus keriangan ibu bapa, pemadam kegusaran hati mereka dan pembakar semangat kakanda semua.Kita keluarga yang bahagia kan? Saya sayang semua :")

Akhir kata..sampailah penamat update blog sampah ini..wuwuwu

Nota Hati : btw,nak abaq,nie update pakai tab tu..xmenla pkai laptop segedabak weyhh..haha

Friday, September 14, 2012

How I Wish

How I wish dunia bulat ini tiada sengketa

How I wish hati ini tak tercalar lagi
How I wish dapat menempuh semua ujian dariNya dengan tenang
How I wish dapat memajukan diri sentiasa
How I wish menjadi seorang yang sangat rajin dan tabah
How I wish semua orang hadam dan paham kenapa saya bertegas katakan tidak
How I wish tiada lagi duka untuk kami semua
How I wish yang akan datang beragama dan berakhlak
How I wish tiada paksaan dikenakan
How I wish ada orang paham situasi saya
How I wish tiada yang pandang dengan sorotan negatif
How I wish tiada yang mengadili secara melulu
How I wish semua impian saya menjadi kenyataan

Menolak bukan bererti menolak kebaikan
Menerima bukan bererti seikhlas hati
Membenci jauh sekali
Cuma jauh di sudut hati sangat hina diperlakukan sebegini
Jangan mudah mempercayai sedangkan hati saudara sendiri disakiti
Bukan ego jadi sandaran
Tapi cara diperlakukan buat saya hilang kesabaran
Saya juga manusia biasa tidak pernah lari dari kesilapan
Tapi bukan bermaksud semuaa kesilapan saya lakukan
Anda yang rasa diri penuh amal kebajikan
Malulah pada Yang Esa 
Malulah pada Yang Kuasa
Malulah pada Yang Menjadikan
Tiada Dia mengajar hambaNya memperlekehkan
Tiada Dia mengajar kita mengadili sesuka hati
Tiada Dia mengecualikan kita dari ujian


Nota Hati : Tiada sebarang harapan perlu disandarkan kepada manusia.Hanya Dia yang menentukan

Sunday, July 15, 2012

Sebak

apsal entri nie..semua nya nak tajuk negatif kan..suram..sedih..stress...pastu sebak pulakk..
tapi yang nie laen..sebakk positif..jeng...jeng..jeng...
tak adala surprise pon sebab dah umum kat facebook..
poyo gila pi umum kat facebook kan..eksaitedd tau tak..

Alkisahnya macam nie..
Dahulu kala Sang Abah menyuruh Sang Anak menyambung pelajaran
Sang Anak asyik kata nanti dan nanti
bila Sang Abah suruh..Sang Anak baru tergegeh-gegeh survey Universiti mana yang buka pemgambilan master..Sang Anak tergegeh-gegeh terlupa dan terlepas tarikh sehingga mengambil masa 2 tahun
Sang Abah masih lagi bising dan bising dengan Sang Anak yang leka dan alpa gitew...cehh

Tahun 2012 Sang Anak mula berpikir secara serius bahawa dia perlu sambung belajar..perlu!!kawan seangkatan Sang Anak juga ramai yang dah pulang ke gagang Universiti untuk menyambung pelajaran
Nak dijadikan cerita malam itu Sang Anak bukak laman web USM..Sang Anak lihat...pengambilan DIBUKA SEKARANG!!

Sang Anak laju-laju download borang..bergegas ke UKM ambil sign lecturer dan pulang pula bergegas ke USM menghantar borang..lepas hantar borang, maka bergegaslah ke tempat kerja..opkosla..takkan mengulaq pulak kann..

Sang Anak sebulan sekali melihat laman web IPS USM..Sang Anak tengok permohonan dilanjutkan tarikh..maka muramlah Sang Anak memikirkan status permohonannya yang dah berbulan-bulan masih IN REVIEW..muram dan muram mengenangkan apakah nasib Sang Anak.

Sang Anak terlihat di facebook IPS USM mengatakan keputusan 15 Julai..Sang Anak pikir ntah betul ke tidak sebab di laman web tak ada cakap..Sang Anak berbaring pada 15 Julai dan tiba-tiba terpikir akan keputusan permohonannya..Sang Anak cuba membuka laman web tersebut tanpa rasa apa-apa..cuma ada rasa getaran mungkin tidak berjaya..

Terbeliak mata Sang Anak bila melihat...



Sang Anak menjerit terlompat-lompat..erk..spontan okeyh!! berlari mendapatkan Sang Ibu..

Mama!Mama!Mama!

Sang Ibu di bilik menyahut dengan panik..

Awat????Awat??Awat???

Adek dapat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!MASTER...melompat memeluk Sang Ibu seraya sebak menangis (setitik saja ..kira menangis dak?)..sekian.episod sebak..eh..lupa..Sang Anak berlari pulak mendapatkan gagang telefon..telefon Sang Abah..bagi salam.pastu menjerit di telefon ABAH!!!!!!!adek dapat Master!! Sang Abah bersyukur..tetapi sempat Sang Abah marah sebab buat terkejut menjerit2..haha

OK..Baru boleh cakap Sekian..Sekian....Sekiann...Sekiann....Yehuuuuuuuuuu!!!

Nota Hati : Ya Allah..Doaku sampai jugak padaMu..Ku sangat bersyukur Kau telah perkenankannya..Alhamdulillah :)

Wednesday, July 11, 2012

Niat tuu...Niatt



Lawak sangat bila ada kawan saya share dekat FB.Memang seyes lawak..Jari pantas saja menge LIKE that post..

Perempuan Melayu sibuk berpuisi/ berkarya tentang bakal imamku...tukang bayar shopping ku?hahha...tak boleh benti gelak...

Yeala..kemain sekarang nie share bakal imam ku..bakal bla...bla...Tak salah tapi kurang senang tengok kalo yang share tu boleh ke jadi bakal makmum?Kalo share seiring dengan usaha takpa..nie ha..share seiring dengan impian kosong tersengih-sengih palsu...Dik oi..kalo yang sedang belajar baru nak menapak isi borang SPM, PMR...tak payah kot nak berangan..Cer awak berangan dapat semua A dekat slip tu..kan ok..

Erk..ok..post nie bukanlah tujuan mengata orang..tapi nak menegaskan lambakan share yang tidak dihayati sebetul-betulnya...Jangan share sahaja kalo anda tidak berniat untuk mengamalkan dan mengambil iktibar..

Ok caw..Assalamualaikum :)

Nota Hati : Setiap perbuatan perlu seiring dengan niat yang betul.Hindari niat yang terpesong :)

Sunday, July 8, 2012

hari-hari yang Muram

ini adalah mood ceria ASLI okeh??


Emosi amat terganggu sekarang ini
tak dapat nak sembunyikan daripada semua orang
sudah tak pandai nak cover
kemuraman terserlah
maka kemurungan mengambil tempat
memuhasabahkan diri
memujuk hati sendiri

cuba tidur biar mimpi indah jadi ganti walang di hati
tapi masih tak berjaya
bangun sibukkan diri..okla sikit
tapi seminit sekali perasaan sedeh tu datang lagi

tak taw nak gambarkan macammana..
sedeh sangat..rasa terhina pon ada..
Ya Allah... ya, aku mengaku..aku hamba Mu yang masih lemah
aku mengaku..
cukuplah sekali jadi...
aku tak nak teruskan lagi kalo aku terasa hina sekali macam nie
cukuplahh....aku dah rasa abes meter dah nieeee....
klo ada speed trap sah kena saman..
tekan minyak tabah sampai abes..
sebelum minyak abes..baik aku berhenti kat R&R Gurun

ok baii..selamat malam..
esok cuti lagi..yeay!!

Nota Hati : Mama nampak saya kurang ceria? Humm...ketaranyaa..betul-betul dah tak boleh cover emosi nie.. 

Thursday, July 5, 2012

JANGAN MENYERAH

Saya rasa dua kali post seperti  nie saya up dalam blog .menunjukkan saya sangat terkesan dengan lirik nie..Bila mana masalah dah jadi makanan ruji, hati kena sentiasa kuat!kuat!kuat!Jangan sesekali biarkan hidup sentiasa dirundung masalah..Apa jua keadaan..saya kena tangani masalah itu dengan tenang..yakin dengan semua yg terjadi ada rahmat di sebaliknya..ok tipikal gila ayat..tipikal..tipikall..ayat dah tak ummph..ehh..sejak bila pandai buat ayat ummphh kann...haha


Syukuri apa yang ada

Hidup adalah anugerah

Tetap jalani hidup ini

Melakukan yang terbaik


Tak ada manusia

Yang terlahir sempurna

Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi



Tuhan pasti kan menunjukkan

Kebesaran dan kuasanya

Bagi hambanya yang sabar

Dan tak kenal Putus asa

adakah anda semua tahu betapa bencinya saya dengan perkerjaan sekarang?betapa sayangnya saya nak meninggalkan pekerjaan sekarang?aikk..tadi kata benci..tadi kata sayang..macam biasala..graf emosi benci sayang turun naek..

kadang-kadang benci sebab..susah nk explain
sayang sebab saya rasa dah semakin boleh bekerja dengan jaya and cemerlangnya..kira boleh dpt anugerah cemerlang ahh.erk maksud saya anugerah cemerlang di mana pemberi anugerah dan saingannya adalah diri saya sendiri..haha..ok tak lucu..tak lucu..tak lucu..

ok tamat

Nota Hati : Bila hujan lebat bawa banjir..Ingatkan diri , banjir itu bukan petaka..mungkin ada Rahmat tersembunyi yang kita tak nampak :)

Wednesday, June 20, 2012

yakin dengan janji Dia

kita leka kita lalai sentiasa
kita alpa dengan nikmatNya
bila ditimpa petaka
barulah kita menoleh ke arah Dia

bukankah kita seharusnya utamakan Dia
kenapa kita mesti berasa sedeh dengan takdirNya
mengapa mesti kita berputus asa
sedangkan Dia tidak pernah menghampakan kita

bangunlah wahai manusia
khalifah muka bumi yang istimewa
sedarlah dari dusta dunia
ayuh kita kembali ke jalanNya
(pikahbaik 20 Jun 2012 9:45 p.m)


sumber : google jewww

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Subhanallah..Alhamdulillah...setelah sekian lama saya tak berkata- kata..menyepi di dunia blog yang tak seberapa ini..saya kembali berkelana (eceh..control2)

Rasa semakin hari semakin teruk bila saya sering merungut tentang kerja..kerja..kerja..Saya sedar saya sepatutnya bersyukur kerana sudah bekerja dan dilimpahi kurnia dari Nya..

Kakak saya pernah cakap bila mana kita sedeh..kita mengharapkan sesuatu...bangun malam,bermunajat kepada Nya..mintak kepada Nya dengan sesungguh hati..Dia akan sentiasa dengar rintihan kita..

Bila mana kita yakin dengan Dia..insya Allah doa kita akan dimakbulkan oleh Nya..Ada seorang hamba Allah yang saya kenali (terpaksa dirahsiakan)  sering melakukan solat hajat dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah...sentiasa yakin dengan Dia..tidak melebihi 2 tahun sudah dapat ditukarkan ke semenanjung.Ramai yang tertanya-tanya beliau pakai kabel mana..Dijawab oleh pihak keluarganya kabel paling besaqq sekali ..mintak pada Dia (Allah) ...


sekian..(macam besa tak reti wat ending)

Nota Hati : Hati..sila yakin dengan Dia..jangan dok fragile sangat boleh dak?

Sunday, May 6, 2012

alasan bergambar - Mei 2012

Saya dengan ini mengisytiharkan kelayakan menjadi blogger anda telah ditarik balik.Sila buat permohonan baru...huh..tuhla namanya bukan blogger sejati...

Saya sangat sibuk kebelakangan ini menguruskan kehidupan yang caca merba dan bahagia..ehh..okla tuu..ada pahit dan manis kan..

Alasan untuk pembaca saya yang sedikit cuma..mungkin seorang dua sahaja..

1.  sebuk mewarna dan melukis walaupunn nampak kecacatan teknik mewarna di situuu

 2. sibukk bekerjaa dan mendedahkan diri di bawah cahaya matahari..mungkin lebih tepat dikatakan menghitamkan diri..uwawawawa...

3.  sibuk membuat kueh cheese tart blueberry kerana kempunan sangat pada masa ituu...ntah kenapa smpai meleleh2 air liur ingatkan diss kueh 

 4. sibuk menghadiri jemputan kawan baik SMKAK,UKM - Azira..

 5. Sibuk mencuba felt craft..gigih buat dis icon n i did it!!yeah..sangat sukaaaa dan sukaaaa...dan sangatlah suka..thanx kikin memprkenalkan dis icon to me..
6. Sebuk menghadiri majlis pertunangan kawan baik (Aida Fitriya) + mini reunion rumet terdahulu - Wajarianz

7. last sekali sibukk makan kek layer best fren (Nur Fathiyah) buat..ehh..nie bleh ketgori sibuk x?ehe..





Nota Hati : Saya perluu maju ke depan...susah atau senang..hidup perlu diteruskan..blog bersawang atau tidakkk bukan jadi ukuran..ok..stop dh xdk kaitan.

Sunday, February 12, 2012

update bergambar



admire design ini..ha ini barulah gambar sebenar projek yang saya sedang involve sekarang :D
ok..2013 kena siapkan bangunan-bangunan ini! Berusaha!!

Nota Hati : Ya Allah.... ;((

Friday, January 20, 2012

Hijrah

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang- UEM.. bukan my company eh..my company wat pakej tol je..pic 3d toll ada dekat bos
sumber : google


berhijrah lagiiiii.....
macam ini lah kalo kerja jaga projek
sentiasa berhijrah
tak pernah tetap

kenapa kerja di IPD Yan sekejap sahaja?
kenapa?kenapa?merajukkah..
ofkoslah tak..
merajuk dalam hati sahaja

saya ditempatkan di IPD Yan atas arahan bos..dikeluarkan dari sana juga atas arahan bos..yeah..walaupun sebenarnya niat nak mengeluarkan diri dari sana ADA tapi tanpa dipinta Allah dah mempermudahkan jalan untuk saya...Alhamdulillah syukur....dapat mematikan unsur-unsur negatif yang membiak..

sekarang saya ditempatkan di projek Tol Plaza Jambatan Kedua Pulau Pinang..masih dalam proses paperwork..kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam bulan 3..
Perasaan sekarang macammana?hepi ke tak?
Alhamdulillah perasaan hepi tu tak ada..ehh..silapp..perasaan tuh ialah bersyukur sebab Allah sangat menyayangi hamba Nya ini..rezki tidak putus-putus...Allah mengeluarkan saya dari previous project untuk menyelamatkan saya dari menjadi semakin negatif dengan hasutan,umpatan dan dengki orang...Allah menyelamatkan saya supaya saya tidak bermusuh dengan orang...saya sayang semua yang pernah menjadi kawan saya,yang baru nak jadi kawan saya even saya ditikam dari belakang...awak yang mungkin tidak suka saya..saya mimpi saya dah berbaek dengan awak dan tersenyum :) .. saya harap mimpi saya akan jadi kenyataan.


Nota Hati : Setiap manusia melakukan kesilapan...bak kata kawan baek saya.."Permulaan itu tidak penting..yang penting pengakhirannya :) "

Friday, December 9, 2011

sesal..bebal

sesal..bebal
banyak sangat unsur negatif yang meresap masuk
terpengaruh barangkali
bukan..dalaman yang tak kuat
tak perlu salahkan sesiapa

sesal..bebal
sindiran, umpatan orang
buat saya terhampar jauh
jauh sehingga putus asa
sehingga beralah sebelum berjuang

sesal..bebal
sikap dingin membaluti
jangan jadi seperti mereka
biar mereka dingin
jangan dinyalakan api yang bara

sesal..bebal
sikap komited berkurangan
ktitikan pedas masam masin
yang menjadi igauan

sesal..bebal
dahulu semangat berkobar
sekarang semakin pudar

sesal..bebal
sesekali terbit rasa marah
senyuman jarang dipamerkan
barangkali sudah terlupa
senyuman dan marah itu berbeza

sesal..bebal..sesal..bebal..berulangkali..
maaf..diri ini sentiasa alpa..sangat alpa
maaf kepada diri sendiri

Nota Hati : Bina kekuatan kembali.Ingat kata-kata azimat dulu.Diam bukan bererti setuju tetapi hanya mematikan persengketaan :)

positif negatif

(-) (+) = (-)
(+) (+) = (+)
(-) (-) = (+)

nampak tak apa yang saya nampak
nampak tak dalam perlawanan ini
yang baik akan selalu menang :)

Nota Hati : Hindari unsur negatif

hati


hati itu macam-macam jenis
hati itu macam - macam tafsiran

ada hati bak durian
jatuh gedebuk gedebuk ke tanah
kotor kulitnya..tekepak durinya
tapi..isinya masih elok ranum,harum baunya

ada hati bak buah jambu air
cantik warnanya...licin kulitnya
gigit sesuku...
phuihhh...masin ulat di dalamnya

ada hati bak kaca
sekali jatuh bergolek perlahan
tiada kesan
sekali momentum sederhana
muncul retaknya
sekali lagi jatuh ke pusat graviti bawah
pecah bederai
cantum kembali sudah cacat jadinya

ada hati bak bungkusan potato chips
nampak besar luaran
sedikit isinyaa

ada hati bak buah manggis
hitam kulitnya..putih beseri isinya
tengok di luar
sudah boleh agak bilangan isinya

ada hati bak cadbury
panas sikit dah cair
sejuk sangat beku
pertengahan muncul sedapnya

ada hati bak kain putih
kotoran tercalit
jelas nampaknya
clorox saja penyelesaiannya

ada hati bak merak
bila didekati kembang mekar
bila dijauhi kembali kucup

Nota Hati : Hati itu sangat penting..jagalah hati ~~

Monday, November 21, 2011

baek mengaku

dah lama saya tak update blog..maksud saya..lama..memang lama..entri yang baru tadi update tak aci sebab tuh dalam draf..tak aci saya cakap kira tak boleh pakaila derrr..
(tiba-tiba jadi stail derr derr lak kannn)

saya tak paham sebab saya dah lama tak update tapi ada jugak orang masuk blog saya dan baca entri-entri lepas..sapa baca BAEK MENGAKU ..

Nota Hati : Tinggallaa komen sapa baca entri nie bagi saya sengih sikit dan ada semangat nak update..hee~~
(awat hang desperate sangat??)

Thursday, November 10, 2011

kurangkan stress

melihat keindahan ciptaan Tuhan boleh menghilangkan stress..captured by me (rasa macam tangkap lawa sangat dah..jujur nie..semua tukang tangkap gambaq mpa jangan gelak!)

stress - tekanan perasaan...perasaan bercampur baur yang menekan-nekan emosi kita
baru-baru ini kawan saya ada cakap..dia ada dengar ceramah tak silap saya pasal stress nie..dia cakap sebab apa kita stress?sebab kita terlampau memikirkan hal remeh temeh..
jom kita check sebab apa kita stress..adakah kita juga tergolong dalam orang-orang sebegini

  • dok memikirkan kenapa kita tidak dapat jemputan kenduri dari kenalan kita
  • bergosip tentang kehidupan peribadi bos..sibuk nak taw hal mereka
  • memikirkan sebab apa si A gaji tinggi si B gaji rendah tapi barang-barang pribadi semuanya mahal, sibuk-sibuk fikir dari mana si B dapat duit
  • si A + B tidak mempunyai rupa paras yang lawaa tapi mempunyai anak yang comel..memikirkan bagaimana boleh terjadi sebegitu
  • si A dikatakan putus tunang dengan si B..masing-masing nak berpikir dan berteka teki mencari punca sebenar
  • si C artis popular keluar membeli barang, sibuk-sibuk memikir dia datang dengan sapa, beli barang apa
  • si D tidak mahu memberitahu keputusan peperiksaan anaknya..maka, otak ligat berpikir kenapa dan apa keputusannya

dan juga jugakk banyakk lagilahh...malas nak list sebab tengah stress (nampak sangat terpikir hal orang lain..kntoii!!)

Nota Hati : Mengambil berat dan menyibuk ambil tahu hal orang lain adalah dua perkara yang berbeza

Friday, October 7, 2011

berpindah

inilah barisan kami yang bertungkus lumus menyiapkan IKBN

esok..hari sabtu merupakan hari terakhir saya di IKBN Jitra secara formalitinya..
eh..sebab apa secara formalitinya?kerana secara tak formalnya saya masih terikat dengan projek tersebut di mana saya seharusnya berada di sana sekiranya ada pekerjaan yang memerlukan saya..ecewwah..bahasa sedap tak boleh tahan..hee

nak cakap sedeh pon tak kena..tak sedeh lagi tak kena..
sebab apa nak sedeh?
sebab itu merupakan projek pertama saya..
sebab itu merupakan pintu utama saya ke alam kejuruteraan awam
sebab itu merupakan punca utama saya seronok bekerja tak maw degil ketegaq nak balik ke alam senibina
sebab itu merupakan tempat yang dikelilingi oleh staf yang sangat baek dan amat membantu
sebab itu merupakan tempat yang dekat dengan rumah saya
sebab itu..sudahlaa malas nak pikir sebab lagi

hari Ahad saya akan mula bertugas di IPD Yan belakangnya Pantai Murni (yeaaaa..saya boleh tengok pantai!!!!)
saya ditugaskan untuk menyelia kerja-kerja di sana yang mana merupakan beban berat amat sebab projek dah tertangguh sebanyak berapa peratus ntah..erk
saya harap saya dapat membantu sedikit sebanyakk projek di sana bukan membebankan lagi..
diharapkan juga tiada unsur negatif di sana..huhu..aikk sedeh plak?sedehlaa sebab jauh..homesick (haha..galakk)..

entri yang tak boleh dibiarkan berpanjangan ditutupi dengan sekian wassalam..

Nota Hati : Babai IKBN Jitra... :D

Sunday, October 2, 2011

perasan lebeh

bilamana blog ini adalah blog yang SANGAT picisan
diri ini merasa terlalu kerdil
dan haruslah kegembiraan berada di tahap tertinggi pabilaa..
selalu jugak nampak traffic datang dari Taipei
sapa tuh sapa tuuuuu...
adakah spam?
kalo spam pon saya sonokla..
k bye...salam perkenalan spam dari taipei..hahahaha

Nota Hati : STRESS laa

Friday, September 16, 2011

perbualan pendek #abah

landing depan laptop baca blog orang
dalam kegelapan bilik akibat lampu terbakar
bunyikk macam ada orang masuk bilik..malas toleh..

"ha...masuk watpa hah..."

toleh-toleh..."eh abah..hee..ingat bebudak tu"

abah masuk sambil membawa tangga untuk gantikan lampu

'adek..pegang elok-elok" sambil memberi bulb lampu...dan saya menyahut YO!abah tengok pelik tapi meneruskan kerja nya..

siap pasang lampu..turun tangga..abah bersuara

"dah 2 ari tak menyala?awat tak abaq?malu ka?"

"dak eh..baru balik sini.."

habis perbualan abah kuar dari bilik..thanks abah betulkan lampu.bilik saya dah cerah kembali..yeahhh

"ADEK!!!!!!...." - opps mama panggil pulak..ok bai

Nota Hati : saya sangat sayang mama abah saya :D

Tuesday, September 13, 2011

kebebasan bersuara


boo...boo..boo..erkk..terlekat
-sumber gambar tiru dari google lukis kembali (gigih gila)



Sekarang nie saya sentiasa berkerut-kerut dahi membaca beberapa page di Mukabuku yang konon dan tidak konon sangat memperjuangkan kebebasan bersuara..
kata mereka , mereka bebas bersuara kerana itu hak mereka..ditekankan sekali lagi hak mereka...yess..tak salah pon sebab mulut tuh awak yang punya dan juga peti suara mengeluarkan suara awak...tangan itu awak yang punya dan papan kekunci menerima semua tekanan ke atas taipan awak...dan tak salah juga sekiranya disebabkan kebebasan itu awak dilempang dan dikenakan tindakan oleh pihak yang satu lagi kerana mereka pun bebas bersuara melalui undang-undang..

Nak tengok dari sudut positif?Mari kita tinjau..
bila kita bebas bersuara memang kita dapat memperjuangkan hak kita..
kita dapat menarik perhatian ramai orang meneliti masalah kita..
kita dapat mempengaruhi orang ramai berfikir seperti kita..

Tapi kalo tak kena cara yang positif akan jadi negatif
bila pihak yang laen bebas bersuara , kenapa kita nak melenting..
bila semua orang dah mengalih perhatian dan mengkaji kes kita..kenapa kita nak emosional..
bila kita tidak dapat mempengaruhi semua orang kenapa mesti bermusuhan..

Bagi anda-anda yang ingin bebas bersuara di luar sana..jika anda rasa suara anda itu tidak akan menimbulkan persengketaan malah membawa kebaikan..teruskanla..tapi bagi yang tidak..fikir sedalam-dalamnyaa..

Setiap bait-bait perkataan yang terlahir di status,komen-komen ,nukilan di Blog, FB,twitter dan sebagainya mencerminkan tahap intelektual individu tersebut :)

Nota Hati : Diam bukan bermaksud setuju..hanya mematikan persengketaan

Saturday, August 27, 2011

untuk semua



tadaa...nah amik kad raya #cuba-cuba dari saya
untuk semuaa...
Nota Hati :mengikut arus saja..kalo rasa arus tuhh tak dapat kejar..kena naek atas darat dan jadi pemerhati ke mana arus tuh nak pergi

Related Posts with Thumbnails